Wednesday, March 07, 2007

Selamat bertunang

I went to Triang last weekend. Semah, my niece bertunang. Akhirnya jadi jugak dia bertunang dengan bofren dia orang Sabah tu. Entah ada chance ke tidak aku pegi bila dia buat kenduri kat belah sana nanti. Tatau la, dream on.

Anyway, aku tabik hormat kat kak ipar aku kak zizah and abang brahim. Really, how they treat their neighborhoor really makes their lives easy. Aku bangun pepagi tu, sesiap nak masak sarapan, belumpun sarapan siap, that was about before 8am, sumer orang blok dia dah mai. Yang perempuan, wanita dan lelaki jugak nih. Memasing bawak buah tangan dalam bekas atau plastik. Ada karipap, ada bawak apam, abuk-abuk, kuih bakar, putu mayam and even tapai pun ado.... Best tau! Ini baru kenduri nak bertunang! Esok, kalao kenduri kawin, harus dorang antar lagi banyak barang untuk dikongsi bersama... hmm.

Memanglah dorang tu berpengaruh laki bini. Bila orang lain ada kenduri, doranglah jugak bertungkus lumus buat apa-apa yang patut. Jadi, tak heranlah kalo dorang diberi perhatian yang sama oleh orang blok tu.

Menu hari tu, ada sup lembu (abang berahim siap sembelih lembu beb - puas makan sup), ada ayam masak merah, ada gulai nangka, masak lemak cili api nenas dengan ikan bilis, ada ulam beb, berbagai sangat, ada kerabu perut dengan togeh, ikan masin gelama dan hentah apa lagi. Pokoknya, puas dong!!

Semoga pertunangan ini menjanjikan Semah kehidupan yang lebih bermakna di masa depan.

1 comment:

  1. eh...sebab ni ker ko nak gi sabah tu? oh... nak makan nasik minyak ya.... eeehhhhmmmm... sodap.

    ReplyDelete