Wednesday, April 23, 2014

dapat mimpi petunjuk.. hmmm

hai gang.. tajuk best tak?  tapi tak nak tulis pasal mimpi tu.. aku cam takde mood lah harini.. tapi hidup harus diteruskan.. kenapa nak drag mood tak elok tu bawak ke hari yg dah dianugerahkan indah kepadamu olehNya suriani?  jangan kau persiakan hari2 mu.. biarlah hatimu sedih.. agagagagagaga..  ngada2 la pulak haaa.. sapa nak melayannya? puihhh

meh kita share mende pepatah melayu yg diolah edit serba sedikit supaya menjadi lawak dan membuat kita tersenyum sikit pagi nih:


  1. alang2 mandi biar guna sabun
  2. bapak borek, anak rintik, maknya pasti petak2.. heee
  3. biar putih tulang, jangna kuning gigi.. kehkeh
  4. berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
  5. carik2 bulu ayam, lama2 jadi shuttlecock..
  6. cubit paha kannan, paha kiri tak rasa apa2 punnnn..
  7. dari mana hendak ke mana, kenapa kau tanya, menyibuk pulak
  8. di mana ada gula, di situlah ada gula2
  9. di mana bumi dipijak, di situlah ada kesan kena pijak.. kah3
  10. diam2 ubi berisi, diam2 orang, bisu
  11. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia
  12. habis madu sepah dikitar semula
  13. sedikit2 lama2 tinggal sikit
  14. harapkan pagar, pagar memang tak boleh diharap
  15. hendak seribu aya, tak hendak tak apa.. keh3
  16. hidup segan, mati ditanam.
  17. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan...
  18. jauh di mata, sakit di hati
  19. jika kail panjang sejengkal, beli le kail yg panjang sikit kalu nak ngail di laut (beli kapal tunda lagi baik)
  20. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, nak makan esok kais esok je lah
  21. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.. kahkahkah.. kelakau lerr
  22. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah?
  23. kecil2 cili padi kecil lagi bijik cili
  24. lembu punya susu, cap teko dapat nama..
  25. makan hati berulam jantung, dengan jeruk buah pinggang dan usus masak kicap..
  26. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tersumbat kat mulut, meleleh kat hidung
  27. membujur lalu, melintang pukang
  28. orang memberi kita merasa, org tak beri kita paksa dia.. hehehe
  29. patah tumbuh, hilang report polis
  30. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pondang tiang telefon.. hahhahaha
  31. sambil menyelam tengok kapal selam
  32. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut...
  33. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak makanan di dalam mulut..
  34. sehari selembar benang, lama2 benang habis
  35. sepandai2 tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olympik jugak
  36. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian hilang pendapatan, yang paling sesal cukai pendapatan..
  37. tiada rotan pelempang pun berguna jugak.. heehehhe

buruknya muko buat bibir gitu... ini last ni.. pasni tak buat dah bibir gitu.. dah sexy dah bibir den katanya.. tak perlu duck face whatsoever.. hehehe


lots of love from me... smoga ceria2 selalu walau dilanda beribu masalah yek?
i love u always!!

No comments:

Post a Comment