Monday, March 21, 2016

musim paneh

ye, betui.. semua ngadu panas panas..
nak buat cemana.. carilah kipas or duduklah dalam kawasan ekon..
aku smlm gi sapan kat pasa selayang.. my feveret spot, yup.. mmg super duper panas.. peloh leleh.. ramai org belah cepat pas makan2 disebabkan terlalu panas, bagus gak. ekekek.. .. ntah kenapa situ lak aku suka.. maybe convenient segala makanan ada kot.  and harga pun quite ok jugak.  dalam ekonomi yg mcm ni.. org mmg akan berjimat cermat, termasuklah aku.  sbb tu pi pasau je ler mampu.. ekekeke

so, semalam as usual, laki dah takmo jalan sama... so, adik pun pakat takmo lah.  aku dgn along je lah pi pasau.. sementelah siti kena keje pulak minggu ni weekend.  dia dah cuti khamis jumaat kemarin.  so, dia kena sabar je lah kalu kitorang gi mana2 time dia kena keje.. ekekek.. nasiblah keje tak menentu kan.  tetiba kaklong masa, cousin aku msg kata dia pun nak pi pasa selayang bfast jugak, so berjumpa2lah kami.  dah puas makan2 kami cadang nak pi piknik la pulak kau.. yelah time panas2 ni berendam pun best kann?  so, kami decided nak pi bukit lagong.  blkg balai polis selayang nun.  kawasan perkampungan org asli bukit lagong.

sonok berendam kau.  kami berempat je pegi.  along, kaklong maza, laki dia adol, and me.  life is getting more pathetic sekarang.  aku dah malas mikir apa2.. nak berseronok pun kena bawak diri.  nak ajak2 laki dah tak layan.  tapi hidup harus diteruskan.  ceria2 and be happy as you are responsible for your own happiness, right?

mandi sungai la kami semalam.. beshhh.. berendam.  walau air sungai tak sesejuk biasa sebab cuaca yg terlalu panas.  org ramai, jangan citerlah.. dah petang pun masih ramai kau.  redho je la, tu bukannya sungai bapak kau or peninggalan atok kau.. so, kongsilah ramai2.. ekekekek.. i had fun.  kaklong bawak mi goreng.. sedap walaupun podeh..


No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...