Wednesday, February 22, 2017

singkap tirai itu

kusingkap tirai kenangan
dalam jiwa kepasrahan
senandung rindu
seolah berlagu
kembali mengusik hati nan lara haaa

cinta yg makin terpendam
dalam meniti usia
kini kembali
berputik di hati kita yg kian ditinggalkan
jauh oleh masa
mungkinkah terulang

dalam kesamaran
kita pernah mencari
sebuah erti pengorbanan suci
dan sering itulah kita terpedaya

kerna jalanan hidup kita berbeza
penuh onak ranjau yg sering menduga
bagaikan mimpi2 di kesiangan hari
terlantar jauh di persana cinta
cuba bersama terpaksa jua berpisah

ku ingin engkau kembali
namun masih ku tak pasti
masa nan lalu
mendewasakan diri dari mengulang kesilapan semalam
biarkan berlalu




sedih benau lagu ni.. menusuk dlm benak aku tiap kali dengar.  maybe suara intan sarafina yg sedap membawakkan lagu ni buatkan ia jadi lagi sedap pada aku.  korang penah dengau tak?  ni pun lagu2 masa den muda2 dulu.  sekarang baru dapat paham lirik2 nya.  ngapalah aku lambat paham yek.. ekekke.. dulu2 mana ada masa nak mendengar lirik2nya.. tau lagu sodap je.  sekarang baru ada akai sikit kot.. huhuu..

aku mengaku aku mmg slow, tapi aku usahakan belajar.  macam kita tau kita tak berapa fasih baca quran, kita belajar lah.. kita ulang2lah membacanya.  ntah berapa ramai yg kat luar sana yg pandai membaca quran, bagus sgt, tapi berapa ramai yg masih segan nak pegi belajar.  ramai.  yg tau tapi takmo baca and amalkan pun ramai.  aku ni mmg sedar diri tak pandai, sebab tu usahakan belajar.  takpelah bayar sbb bila kita bayar kita akan lebih menghargai.  bila dah pandai baca sikit2, nak belajar buat lagu pulak, nak belajar buat dengung kasi sedap pulak... dan macam2 lenggok lagi nak belajar. seronok weh.  ustaz kat kelas al baghdadi tu pun sgt best ngajar.  suara ustaz tu mmg superb sedapnya.  walau mula2 dulu aku agak janggal belajar tajwid  dngan dia sebut dengun dengun.  now dah rasa serasi pulak.  bila dah baca quran, bacalah dengan maknanya.  kalu dapat belajar tafsir lagi bagus.  beljar berguru lain nikmatnya.  banyak cerita pulak bila dah baca makna ayat2 quran tu.  bacalah, bacalah dan teruskanlah baca.  terokailah ayat2  or kalam Allah itu, rasailah kata2nya kepada kita satu persatu.  satu ketika kita akan menangis mengapa terlalu besar nikmat Allah dah turunkan pada kita.





No comments:

Post a Comment