Thursday, March 17, 2016

cemana membuatnya?

korang pernah makan tomyam?
nipu kalu kata tak pernah.. lainlah kalu korang bukan org mesia.. org nigeria ke.. org scotland yard ke, org nepal ker.. kan?  ekekek.. bukan isu org mesia or luar.. aku saja nak kongsi cara paling mudah buat tomyam yg rasanya sedap sangat and light2 jer tak serabut sgt.  aku belajar dari anak buah aku, actually anak buah laki aku nama dia hanny.  hanny asal dari siam, kawin dgn anak buah laki aku apa ntah nama budak tu.. lupa dah aku.  tapi mmg aku nak buat tomyam apa2 je pun mmg aku guna resepi mudah ini jer.  takyah beli pes tomyam or kiub tomyam itu.. takyahhhh..

all you need is just limau nipis.  aku pernah try dengan lemon.  tak berapa sedap.  pernah try dgn sunkist.. jugak nggak kena dong.. yg paling sesuai ialah.. limu nipis.. so, berapa banyak?  utk satu hidangan or seperiuk sedang, sebijik limau nipis dah cukup.  so here we go.  malam tadi den masak tomyam udang.  check this out:


tomyam udang
7ekor udang sederhana besar
1 biji limau nipis
5 biji cili api
1/2 bawang besar
1 batang serai (ketuk or potong 2)
1 tomato
350 gm cendawan (cam real je berat tu/segenggam or lebih pun takpe wehh)
garam
ajinomoto
air
gula

cara masak
basuh udang, potong yg tajam2 and janggut segala bagai, masukkan dalam periuk yg berisi air dan letak atas dapur, bukak api, api sedang2 jer ok?
masukkan serai
masukkan cili api yg dipotong serong or just ketuk
masukkan bawang besar yg dipotong serong
masukkan tomato yg dibelah 6
perahkan jus limau nipis dan make sure jgn sampai biji dia terlepas masuk.. ekekeke
bila dah mendidih, letak garam and ajinomoto sikit, rasa...
masukkan gula, rasa lagi, kalu dah ok dengan tekak, bagus..
kacau lagi sampai cendawan betul2 masak (cendawan kalu tak masak dimakan boleh menyebabkan kita gelak takboleh berhenti.. ekeekekeke)
tutup api

boleh dihidangkan panas2 dgn nasi and telo dadar
selamat mencuba, okeh?










No comments:

Post a Comment