Wednesday, December 30, 2009

Baik punya parking

Ko tau tak Joyah.. dua tiga ari ni kan, akak senang giler nak gi keje.. keta tak banyak kat jalan, pastu jalan plak, terusssss je, tak banyak berenti2 and most of all, keta akak takyah nak naik atas divider kat tempat parking tuhhhh... ada je slot baik nak parking... inipun kira nikmat tauuuu Joyah...

Ko taulah kan Joyah, musim cuti sekolah nak ujung2 nih.. ramai yang ngabiskan cuti, yelah, deme yang masih banyak cuti tu kan? Akak ni udah abis cuti. Sedih jugak, tapi apa nak dibuat, 21 hari setaun tu idaklah cukup, tapi akak redha.

Opis akakpun sunyi sepiiii je, akak suka benau. Sesekali je terdengar suara2 sumbang mengutarakan masalah2 biasa dia... tapi, suara2 tu akak udah biasa sangat, tak buleh dibuat apa.. ditegur, janganlah sesekali, okeh?

Tu jelah laporan untuk pagi ni. Akak nak buat keje.. nanti katanya makan gaji buta... berdosa!




Tuesday, December 29, 2009

Dingin menusuk kalbu

Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian

Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu

Terpendam di dalam khayalan
Kan ku leraikan impian indah
KepadaNya ku berserah

Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama

*Chorus
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya

Dinginnya bila kau berkata
Ruang buatku tiada
Memoriku genggamilah
Biarkan aku beralah

Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
KepadaNya ku berserah

Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama

Ambil mudah

Oleh kerana sikap kanda yang selalu amik mudah mende2 yang penting, dia telah terima balasannya semalam.

Puas mintak tolong sedara mara dia, sebab dia tau aku dah tak berduit lagi sekarang.

Sib baik Lela sudi menolong, kalu tak, alamat, jadi sejarah kuargalah nampaknya lakiku itu.

Abah & mak marah ngan sikap aku bila semua ini terjadi.. tapi aku bitau, bukan aku tak pernah tegur, buttt.. itulah, akibat amik mudah semua mende.. biar dia dapat pengajaran sikit.

Lepas ni, dengarlah kata bini sikit, walaupun bini ni bodoh dan gaji ciput, bini awak ni, reti gaklah serba sedikit hal dunia.

Thursday, December 24, 2009

Keje banyak.. masa sikit, cuti dah abisss

Sangatlah banyaknya keje.
Bukannya aku cuti lama benau, 2.5 hari je baru2 ni.
Tapi, bila aku balik… masya Allah…

Ni aku dah bosan nih ngadap system, berenti jap.
Orangpun tak ramai kat opis, tak de dah, tinggal berapa kerat je yg keje.
Aku ngan siti ngan aida ngan saodah and few others.
Lain2 udah pakat cuti kau.. cuti till taun depan lagi… huhuh…

Dah pengujung taun nih, lagi bagi aku keje melambak2. Tak tau ke esok cuti krismas, pastu cuti lagi dan lagi dan lagi…

Kenapa tak bley tunggu taun 2010 je kan, baru bagi aku keje ni semua..

Ni aku keje nih, badan je kat sini, hati dah kat umah tauuu!

Thursday, December 17, 2009

Tak sama macam dulu..

Dia tak pedulik dah aku ni. Dia tu adalah kanda.
Aku beria-ia ngajak dia gi tengok wayang.. takpe, aku belanja.
Nak? Mmmm, mula2 ndak, bila dah nak dekat time nya.. dia bagi alasan pulak..
Sian kat budak2 kat umah tu..

Tu je..
Hati aku? Idaknyelah dia kesian.

Then i asked myself again... why in the first place have i invited him?

My life is soooo pathetic at times...
Ntah apa2 la aku ni...

Wednesday, December 16, 2009

Taik kucing betui!

Ini adalah entry sedih tau..
Bukan entry marah, mengamuk kat orang, sumpah seranah sumer, bukan!!
Aku tak buat sesemua tu der. hehhehe..

Malam tadi kuarga makyang, and kuarga gua berkumpul kat umah mak. Alif, anak sedara gua celebrate besday ke 11 dia. Suka buat party kat umah opah, kan? Sib baik mak dan bapak dia provide kek and makanan. Kalu tak, susah gak ke opah, kan?

Anyway, lepas sumer org dah makan, kami lepak2. Mak bukak citer pasal SPCA. Dia tanya aku how much do we need to pay to SPCA kalu nak letak kucen di sana. Kenapa pulak mak?? Rupanya opah dah tak larat membela kucen2 ku itu. Mana taknya, kucen 5 ekor (dgn Cindy the mother) kalu memberak... abislah bau2. Walaupun di luar rumah, bau keharuman itu. Opah pulak, kalu dia tak buang berak kucen2 tu, dia tak bley tahan.. Jadi, last nite, dia dah confessed... tak larat dah dia. Huhu.. aku buat apa? Yelah, aku balik keje, dah petang. Ada di rumahpun only weekends je. How la weh... tentu mak tertekan sgt, kan? Since dia dah cakap, kenalah aku buat sesuatu..

Sian kat mak.
Aku sayang kucen2 tu, but.... aku lagi sayang mak.. Nantilah.. aku akan buat sesuatu jugak tentang perkara ini.


Thanks to siti konsep yang memberikan aku idea on how to handle "taik kucing" ini.

Ini Tommy, abg long kepada semua kucen2 ku!

Friday, December 11, 2009

Sudah kena, bagaimana rasanya?

Kalu keje ko asik ngenakan orang, tentu sesekali ada masa ko akan diperkenakan pulak.
Tuhan tu Maha Adil..

Sekarang ko nak ngadu kat sapa?
Ko terimalah sendiri.. org yg ko anggap kawan tu.. dah kasi bala kat ko.. tak tertanggung, kan?
Ha.. terimalah.. baru ko tau cemana perasaan orang yg pernah terkena ni dulu, kan?

Aku cuma nak kata... fadan mukamu!!!

Thursday, December 10, 2009

Besday lagiks



7hb hari tu, aku amik cuti... memang dah lama planned, sebab besday kanda. He turned 42 hari tu. Beria aku cuti, dia plak idaknya. Adaker patut?




Anyway, aku bitau anak2 aku nak bawak dorang berjalan2 dan berseronok. Aku tanya dorang nak pi mana, nak buat apa? Amal and adik nak gi Giant je la, takde tempat lain. Aku plak, cadangkan nak tengok wayang (mmg umi kaki wayang, okeh??), but di panggung sekitar Selayang je la, kan? Tak koser nak tempoh bandar, even hari Senin pun. Mula2 deme nak gi swimming, pastu aku bitau, aku dah segan nak pakai baju mandi, dah gemuk2 ni... dorang cam paham... so, to the movie we went.




Tengok citer apa.. beach boys - senario tu. Boleh laaa.. banyak pakai body pompuan and lawak slapstik gitu. Takde banyak pilihan citer, jadi... redha je lahhh.




Bosan la entry nih.. udahlah.
Dapat melepak cam kucen2 ku ini di katil Amal, pun best, kan? Sungguh syahdu deme tido petang tu lepas kenyang makannn...








Friday, December 04, 2009

Penyibuk antara bangsa


Memang tak suka sangat ngan dia ni.
Dia selalu je rasa dia je yang pandai buat keje, orang lain idakkkk..
Pastu, siap cek-cek keje aku nih.. make sure aku buat betui.. hek eleh..
Ko dapat lessen ke buat gitu? Aku layan je la, kata ye ke, betui ke aku silap, cemana aku nak buat ni?
Pastu siap bitau kat manager yg ku tolong tu, aku buat silap, macam silap besarrrrrrrr sangat. Dah mgr tu dtg kat aku, tanya why this and that and she said aku tentu tau, kan? Aku tau meh.. buat keje aku… ingat aku tak cek ke sebelum buat?
Sebenarnya si penyibuk tu yg tak fasih bab2 tu, dia gelabah, nak heret aku kot?
Kena ingat (terpaksa ungkit), dulu2 ko nak kenal mende2 pun, aku yang tunjukkan!

Dahlah… cukup!

Wednesday, December 02, 2009

Selamat hari jadi abah..

Abah harini, 69 taun yang lalu telah dilahirkan.
So, hari ni ialah besday abahlaa..

Selamat hari jadi abah.. kami semua sayangkan abahhhh!!
Apa aku nak beli kasi abah ye?


Cuba teka mana satu abah aku?

Kalu korang teka betui, aku kasi hadiah... cepatttt!

Tuesday, December 01, 2009

Umi sayang adikkkk

Malam sebelum raya itu

Malam raya aji tu.. kanda balik lewat. Sian anak2 tunggu dari siang sebab nak balik kg, kan?
Aku tak heran ngat sebab kat umah makpun kecoh ngan anak2 Makyang (akak ku) yg beramai2 memeriahkan rumah

Aliaa dtg dari pagi tolong opah buat keje apa yg patut. Masa aku balik keje, semua dah siap, rendang dan ready, kuih cornflakes pun dah siap dalam botol. Nasik impit jugak udah disejukkan dalam dulang. Apa lagi? Aku volunteer nak goreng ayam bawak balik umah aku supaya mak senang nak buat masak merah.. tu je.

Aku takde selera ngat nak masak2 ni, nak makan je, boleh? Kanda plak takde, lagilah takde selera nak buat sesemua tuh.

Kanda balik bawak kereta Pajero boss yg agak besar. Lega hati aku.. buleh la aku guna kereta nak melenjan ke mana2 nanti. Cewahhhh...

Puas aku pujuk Ameer, akhirnya dia nak tinggal di rumah dgn aku... tak jadi ikut ayah dia balik Pahang. Berattt je aku tengok dia nak buat keputusan tu. Masa dia sangkut balik baju dia dalam lemari, aku tengok meraahhhh mata dia menahan sedih. Tulah pengorbanan yg besar dia buat pada aku. Tulah tanda dia sayangkan aku. Kanda.... nak kata nak pujuk aku ajak balik kg jugak takdelah... udahlah. Not that i would give in kalu dia pujuk pun, but, at least kau pujuklah kan?
Memang udah tak kisah.. takde bini di sebelah pun takpe, ye?

Hari raya itu

Pagi raya tu aku terbabas bangun. Adik pun sama. Syahdu semacam.. Makyang dah sampai kat umah mak. Datang ngadu kat umah aku dia dah accidently tercabutkan kepala paip kat sinki umah mak. Ngamuk abah. Air melimpah, tak buleh tutup... lantak, hari raya korban, mak kena korbankan air pulak... hihi.. kesian Makyang. Tak pulak dia rasa bersalah.. "bayar je lah bill tu,".. katanya...

Lepas makan dan beberapa kali makan, acu datang dgn kuarganya. Kami decided nak gerak ke Klang, gi melawat sedara mara di sana disamping melawat nek ucu yg kena strok hari tu. Mak la yang paling tak sabar selagi tak jumpa nek ucu dan tengok keadaan dia. Sib baik dah lega sikit, dah buleh gerak2 kan kaki tangan selepas dah diurut 2, 3 kali.

Kami gerak ke rumah along lepas tu. Makan tengah hari pukul 4 lebih, mana tak lapau? Sib baik along masak, kalu tak, pakat makan kat kedai segeralah kami haritu. Dari umah along, kami pegi pulak umah aunti bibah. Dia nak tunangkan anak dia esoknya, but since kami dah datang haritu, kami pegi je lah melawat. Makyang esoknya nak keje, so takde driver. Aku plak, takmo sesat barat kalu aku yg drive, kan?

Balik umah dah malam. Elok2 je nak tengok Nurkasih episod akhir. Cam haper je citer tu. Aku dah tau sebab dah baca sinopsis.. cemanapun aku tengok jugakkkk.. Jumpa balik Adam ngan Nur kat dalam ketapi???

Sebelum tido, aku ngan adik tengok tivi citer Taubat Nasuha. Sedeynya.. aku ngan adik tangkap leleh. Aku ni mmg lah jenis senang nak nangis, rupanya, adikpun samaaaa... ada gak sorang yang ngikut emaknya ek?

Kanda sampai rumah malam tu around 12.45. Aku dah lenaaaa...

Tulah dia kisah boringku di hari raya hajiiii...

Thursday, November 26, 2009

Mataku sudah separuh tutuppppp...

Pagi makan nasi lemak lauk ayam. Hulamak.. kenyang beb.. Alhamdulillah...

Buat keje sambil baca2 email dari kawan2, merapu2 sikit, goreng sana-sini sikit..... tup tup dah kol 12, time lunch beb!



Kuar gi KL Central ngan Siti and Aida. Dah planned baikkk punya nak makan ytf. Eh, korang tau ke ytf tu apa? Dah biasa ngat tulis ytf.. hihi.. yong tau fuu.. gitu. Padahal perut masih kenyang ni.. Makan jugak, tak kira, sebab ini masa makan, kan?



Balik lunch udah ngantuk...

Sapa yg salah di sini?







p/s: aku hangin and merajuk taknak ikut kanda balik bukit mendi raya aji ni. aku teringat dan sentappp sangat kes aku ajak dia dating haritu, dengan senang hati tolak ajakan aku.. kali ni aku nak dia rasa cemana perasaan kalu ditolak...

Wednesday, November 25, 2009

Sayang

Anak-anak tunjuk gaya seronok sebab cuti sekolah dah mula.. walaupun umi and ayah tak cuti untuk bawa deme berjalan2 keliling kota atau ke mana2 destinasi percutian yang diidamkan!


Jimmy, antara kucen2 yg ku sayangi. Makan saja apa yg kita bagi, hatta mihun yg penuh dengan sayur2an dan fishbol je. Anak aku, Ameerpun, takmo makan sayur2 ituuuu...
Makanpun kat kerusi macam kita, but kena berdiri je.. Kucenku ini memang menyenangkan, semua makannnn...


Tuesday, November 24, 2009

Bosan


Aku ni takde banyak keje ngat harini. Entah kenapa.

Ada orang kata aku garang benau, tu pasal orang takut nak bagi aku keje. Betui ke?

Tapi kalu takut berdepan, can still email to pass me work. I still accept maa, i still can do.


Hihi.. i wonder why people say things like that. Do they know if i have tons and tons of work?

Do i tell people that i received lots of assignments?


No, kan? I just do it. At my own pace. All and all, by 5.30 aku dah boleh balik. Keje tak menimbun.. takde tertunggak, udah! Ko tau ke? Tak, kan?


So, kenapa ingat aku tak de keje?

Jgn ingat ko banyaaaaaaakkkk sgt keje and aku cam tak nggelupor cam ko, aku takde keje, okey?




Monday, November 23, 2009

Cuti sekolah dah datang lagi...

This time it's 2009 pulak nak membawak ke 2010..

Anak2 dah plan nak main game hari2 till they get bored.

Aku?
Aku sekolah meh?
Idak.. even cuti aku 23 and 24 Nov (sepatutnya harini & esok) aku dah cancelled lama dulu.

Harini masuk opis, rupanya ramaiiii mak2 dan ada jugak yg blum jadi mak budak yg pakat sama2 cuti sekolah jugak, boleh?

Kesian ahin and siti.. kalut and nggelupor buat keje relief merelief..

Sudah2 la tu wehhhh.. cuti sekolah kalu ndak cuti cam budak sekolah, sila tukar kerja menjadi cikgu sekolah atau guru besarrr... okehh???

Thursday, November 19, 2009

Rasa tak dihargai.. rasa tak dipedulik...

Inilah perasaan aku semalam.

Actually semalam masuklah taun ke 14 aku kawen. Lama tu, kan? Aku rasa cam baru je.. Anakpun baru 2 orang, kan?

Aku siap buat kad tau, spesel nak bagi kat kanda tercinta..
Aku sms bitau aku nak bawak dia kuar dinner, on me lah, as usual...
Dia okay je mulanya, but bila petang dah sampai, dia dah nak balik keje (eh, awal plak?).. dia call kata.. nak bawak anak2 pulak.. alamak.. aku nak berdua je, since this is our anniversary..

Malas nak bertekak bila dia insist nak bawak anak2. Macamlah selama ni kita tak pernah bawak budak2 tu keluar makan. Last2 aku kata takyah kuarlah.

Aku sampai umah, buat bodoooo je. Makan roti & telur goreng semalam. Selamba. Dah malam sikit buatkan dorang nasik goreng ngan sambal sotong. Abis licin.

Kanda tak kata apa2 pun.

Kad spesel yg aku buat khas tu, aku letak atas katil pagi tadi masa kanda tengah mandi and aku nak gerak pegi keje. Entah dia nampak ke tidak, baca ke idak tataulah.

Tulah dia.. makin lama, makin tak dikisah perasaan aku, kan? Yang penting kat dia, aku masak, masak dan masak untuk dia dan anak-anak... tu je.

Monday, November 16, 2009

Makan malam yang tak dapat kulupakan...

Masa baru2 sampai... teruja kao..



Besday girl, malam tu sungguh cun melecun!

Hari tu 13 Nov. 2009, aku dijemput gi dinner besday Ati. Actually her birthday was on the 12th, but we celebrated on that day.



Aku dengan bebunga hatinya rasa seronok dijemput sebab aku dah masuk senarai besfren dia.. hik.


Banyak mende dia soh buat. Aku buatlah seadanya.




Makan malam tu sangatttt sedap.
Kami makan dengan senyappp sekali..terpaksa...
as this is one of the tasks we were to do...
Games yang diaturkan pun memang out of this world... tapi kami enjoyed.



Sib baik ada karaoke bersama-sama. Dapatlah jugak release tension yg lama terkumpul.. apa lagi.. melalak la bagai nak rak!






Besday girl memakaikan bedak sejuk ke muka setiap orang...



acara bedak sejuk - membuatkan hantu kopek rasa lagi lawaaaaa...


Ati, thanks for being my fren and for arranging the lovely dinner.


Others tu, i will always treasure the moments until i die....


Monday, November 09, 2009

Michael, that's it, it's not cloudy, it's meatballs

Hari Sabtu, layan anak2 tunggu kanda balik. Dia berjanji ngan budak2 nak bawak gi Petrosains since besday Amal, last month lagi. Tangguh punya tangguh till this weekend.

Aku sebagai peminat wayang, cuba2 lah racun pikiran Amal, takyahlah gi Petrosains, sebab dalam tu mende yang samaaa je since dulu2 dia pegi tuh... Aku soh dia cuba tanya ayah dia kot2 mau bawak gi tengok wayang ke.. Untung2 buleh tengok 2 wayang sekali dalam satu hari... Cewahhh... umi dia sudah taruh jarum sanaa...

Lama gak nak convince Amal.. last2 dia buleh tukar pikiran.. Dia stuju nak ajak ayah tengok wayang je. Kanda balikpun dah 4pm lebih. Discuss punya discuss, akhirnya kami nak gi tengok wayang je. Dua citer nih. Michael Jeksen and Cloudy with a chance of meat balls. Best citer tu.. aku suka masa tengok the making of nya.

Last2 kami pi Brem Mall, dapat tengok Michael je. Tak sempat sebab dah agak lewat... Ameerpun tak tahan sejuk dalam panggung.. Cam nak demam dia!!


Lepas satu show tu, kami balik, nak makan kfc, rupanya Brem Mall yg gah tu, takde kfc, mekdonel jauh sekali, yg ada cuma Meriberaun. Kami headed to Warta for KFC. Janji ngan anak2 kita beli je DVD citer Cloudy tu.. tengok esok.. Dorang okay je.. umi dia yang pujuk, kan?

Friday, November 06, 2009

Nasi and nenen...

Ni kisah pagi tadi.. aku takde sarapan. So, aku nak ajak siti gi makan kat plaza sentral. Dia takmo. Biasalah siti, cuak, since nak dekat 8.30kan? Heheh.. tiba2 lepas buat air, Aryati pulak call bitau dia dah belikan aku nasik lemak, ajak makan sesame ngan siti sekali. Auuuu… rezeki beb.. Thank you Allah.. thank you Ati.

Dalam hati .. hancus diet aku, kalu pagi2 dah makan nasi lemak. But, rezeki… jgn ditolak, okay?

Lunch ni aku dah bawak bekal, nasi putih, lauknya…. Ikan goreng and sotong masak kicap. Ada lagi.. semalam dah janji ngan gang2 aku tu nak buat pecal. Ati bawak kuah pecal, aku bawak sayur2 like kangkong, timun, tahu and togeh. Siti tak jadi bawak togeh, so, aku yg bawak, butttt.. kangkong yilek kat kedai tu, maka aku bawak apa2 yg ada je lah. Donno how it will turn out. Diorang kena gi beli kangkung la nanti, baru jadi pecal betul. Ingat nak makan pecal je, but, since lauk malam tadi ada lagi, aku bawaklah.. takmo membazir. Sebab, kalu aku tak bawak, lauk tu akan terbuang begitu jeee.. tak baik membazir, kan?

Ok, balik dari bekfest, Ati tegur, kata nenen aku kenapa besau sangat… huhu… memang takut sebab badan beta udah naik amatttt..

Aku dah seminggu ni buat aerobic balik cam dulu. Nak mulakan semula. Nantilah korang, aku dah kurus, haaa. Jagalah korang.
Jangan makan ati bila badan aku dah lawa cam si Pola bawah ni..

Wednesday, November 04, 2009

Nak jugak entry baru, walau takde apa2..

Heheh... Mira tanya aku kenapa facebook aku bersawang takde update...
Cewahhhh, ko tu macam la rajin bebenau ye mira.. ko pun dah takde entry baru.. pandai2 ko nak menggesa aku ye? Nah.. ini dia entry aku..

Aku ngantuk sgt tadi lepas makan lunch. Padahal aku tak makan nasikpun. Just mi besau tu, campur sayur2 campur tahu and fishball buat sup makan panas2, masak guna microwave. Tiba2, ati kata tak cukup plakkk... dibantainya beli donut gebu, roti tuna and nasi lauk ayam berbagai.. Tak sanggup aku... Paksa kami tulung dia makan pulokkk!!

Ni sekarang, aku dah senak pulak dada. Dah dua tiga hari aku asik senakkk je bila tiba petang. Apa hal aku pun tatau, yang pastinya sakittt ngat dada aku nih.. Ntah2 bra aku ni ketat sangat ke? Idaklah... mmg penyakittt..

Dah.. takmo banyak citer.. kawan aku Ira dah tengok cuci the musical.. best giler lawak, katanya. Mmmm.. ko tak jeles ker? Wat cemana.. bofren aku tak ngajak..



gambar ihsan dari ira shahira...

Thursday, October 29, 2009

Anak buah datang dari Penang

Semalam petang kaklong Farina came with hubby dia dari Penang. Aku kena amik dorang kat hentian Duta. Gelabah gak nak ke sana dari opis, sebab tak pernah buat drive sendiri. Sekarang, semua tempat nak pegi, kena belajar sendiri, kan?

Farina dah sampai masa aku tiba tu, dah makan2 pun nasi lemak bungkus. Kanda pun ada sana jugak.

Pagi ni tadi kami pi hantar dia ke SPA kat jalan cenderasari tu, dia interview kat sanun. Nak cuba jawatan dgn gomen pulak. Mmmm.... kalu dapat, dua2 laki bini tu keje ngan gomen lah nampak gayanya.

Aku peninggg... terlebih makan karipap kot pagi nihh??

Wednesday, October 28, 2009

Lapau malam semalam

Semalam balik petang, singgah umah mak. Mak goreng ubi kayu. Potong kecik2, dan sangat rangup.. sedap. Minum petang la kiranya tu. Sampai2 tu kan lapau, kan?

Ameer plak baru balik sekolah, mandi terus makan jugak.

Balik umah, cek peti ais. Takde ikan.. apa pun takde. Sayur juga nggak ada.
Cek purse, takde duit jugak.. eh, bukan takde, ada lima hengget. Nak makan apa 5 hengget utk 4 orang?

Udah.. malas, pakat takyah makanlah.

Call kanda, dia lewat lagi katanya. Ishhh..
Dia siap tanya ada lauk apa.. aku kata je lah, takde apa2, duit pun takde nak beli.. takdepun dia rasa bersalah ke hapa... haiii la badannnn...

Pakat tengok tivi 3 beranak till adik tertido.. Tak lama tu, kanda balik.. bawak buah durian ko, ada 7 biji kot. Maka, perut yg agak lapar tu, ku isikan dengan buah duriannnn...

Kenyang jugak hingga ke pagiii.. Alhamdulilllah..

Tuesday, October 27, 2009

Kecewa

Aku pagi tadi tengah siap2 nak bawak bekai. Ikan goreng and ikan masak pindang dah masuk dalam 2 tupperware baru aku. Tiba2 nak senduk nasik, nasik pulak dah basiiiiii...

Huhuhuuu... sedey rasanya.

Memang nasik tu cam semangat, kalu lauk takde, nasik ada, kira okaylah, boleh cincai2 goreng telor ngan kicap.. ini.. nasikkk pulak basiii...

Takde mende, saja nak mencecehhhh...

Friday, October 23, 2009

Makan tengahari bersama siti..

Harini kami nak makan simple sebab badan naik lagiii lepas raya and party and all..
We decided to makan yg rebus2, stim2 and banyak2 kan sayur je.
So, aku masak lah sayur bayam merah rebus ngan serai and ikan selar kuning goreng. Makan ngan nasi putih and sambal belacan.
Ini lauk yang sangat minima minyak iaitu pada ikan goreng saja.
Esok, lusa tatau lagi masak apa... nak cuba ikan plak buat stim.. hmmmm!!





Friday, October 16, 2009

Makan, borak, gelak, senak, lalak

Inilah antara aktiviti kami tengahari hari tu. Aku lambat update citer ni kenapapun aku tak ingat... adalah hal tu..

Siti masak nasi, beras wangi tauuu.. Mira masak ayam masak black pepper with mushroom bersama ngan caramel dia yg sangatttt sedapp. Ati provide buah2an. and pinggan mangkukkkk ayon. Aku masak sambal ikan bilis cilapi, sambal sardine (kanda masak) and telor mata masak kicap. Sayur pulak dibeli oleh Echah and Eskrim dibeli oleh Ira. Hmmm, lengkap tak?

Sakan kami makan. Sorang tu tak kurang 2 pinggan la kalu aku tak silap cek. Tak sabar rasanya nak tunggu 12.30 masa nak start tu. Hihi.. puas hati & perut betui. Ntah melantak tak hengat diri. Tapi sayangnya.. takde gambo. Tak sapapun hingat nak amik gambo, ada ke patut?

Petang tu lepas keje, aku ngan siti ngan mira jugak, jumpa reen kat Redbox sogo. Makan lagi, buffet kat situ... pastu dah kenyang, melalak plak. Tak banyak lagu aku dapat, since perut aku dah tak berapa selesa, sebab dah penuh ngat. Hihi.. bagi peluang kat reen je.. puas dia melayan lagu sampai siap sapu2 dinding dia nyanyi.. sungguhhhhh!

Wednesday, October 14, 2009

Nak buat ke tak buat?


Nasi Tomato Ayam

Bahan-bahan
1) Beras (2 cawan)

2) Susu Cair (1/2 cawan)

3) Dada Ayam - didadu kecil (1 keping)

4) Bawang Putih (4 ulas)

5) Halia (2 inci)

6) Bawang Besar - dibelah empat (1 biji)

7) Tomato - didadu kecil (1 biji)

8) Pelaga (4 biji)

9) Bunga Cengkih (4 kuntum)

10) Kayu Manis (1 batang)

11) Serbuk Jintan Manis (1/2 sudu kecil)

12) Serbuk Lada Putih (1/2 sudu kecil)

13) Serbuk Jintan Putih (1/2 sudu kecil)

14) Kismis (sedikit)

15) Daun Pandan - disimpul (1 helai)

16) Daun Pudina - diracik kasar (sedikit)

17) Minyak Sapi (1 sudu besar)

18) Air (1 cawan)

Caranya:


  • Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air.

  • Cairkan minyak sapi dan tumis semua rempah ratus hingga naik bau.

  • Masukkan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga ayam empuk.

  • Curahkan air, susu cair, bahan-bahan kisar, daun pandan, daun pudina, dan sedikit garam.Kacau rata dan biarkannya mereneh.Masukkan beras dan kismis.

  • Masak hingga kuahnya kering. Apabila kuah kering, perlahankan api dan kacau rata nasi. Tutup periuk dan masak lagi hingga nasi empuk.

  • Apabila nasi empuk, kacau nasi supaya sebati dan tutupkan api.Hidang bersama taburan bawang goreng. Enak dinikmati bersama ayam masak merah.

Monday, October 12, 2009

KSP Dinner 2009 - Nikko Hotel

Ina, Sue, Poss and Mira

Sue and Zu.. berlaga apa?




From right, siti and me.. cowgirls for the nite..

Wednesday, October 07, 2009

Sambal Goreng Cili Api with Ikan bilis

Bahan-bahan
Cili api RM2.00 - ditumbuk /blender halus
Ikan bilis - 1 kg (kopek dan belah)
Bawang merah 7 ulas - blend
Bawang putih 7 ulas - blend
Bawang besar 2 biji - blend
Air asam jawa - 2 sudu besau
Minyak untuk menggoreng
Garam - secukup rasa
Gula - 4 sudu besau
Cuka - 2 sudu
Air - 3 sudu

Cara-caranya:
1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, putih dan bawang besar hingga garing dan masukkan cili api yg telah dikisar halus. Tumis hingga betul2 kering dan naik bau (hingga anda buleh terbatuk dibuatnya).
3. Masukkan gula, garam, air asam dan sedikit cuka dan kacau hingga sebati dan tutup api.
4. Biarkan sambal menyejuk lebih kurang 30 minit. Ini yg sebabkan ikan bilis tu garing walaupun tak simpan dalam bekas kedap udara.
5. Bila dah sejuk, buka api dan masukkan ikan bilis yg telah siap digoreng tadi, kacau perlahan-lahan. Jika terlalu kering, masukkan air dan teruskan mengacau hingga sebati.
6. Siap untuk dimakan dengan nasi, roti, biskut atau dimakan begitu sahaja.

Tuesday, October 06, 2009

Koboi mesia


Hahahaha... hari Jumaat ni, opis aku nak buat dinner, actually it's our kelab sukan which organizes this dinner, kat Nikko Hotel.

Ada tema, wild wild west pulak kali ni.
Few friends dah beli topi koboi, dah berangan2 cemana nak menggayakan topi dengan baju2 memasing.

Aku.. tataulah. Ingat nak pakai cam red indian, pastu ada org bantah, itu bukan dunia koboi.
Nak kena pakai ala2 koboi gak, kena ada topi gak.. kena naik kuda, ada but yg tajam tuh..

Friday, October 02, 2009

Raya 2009 dalam kenangan...

Raya pertama, lepas bersalam-salaman, kami berhari raya dulu ke rumah jiran2 terdekat, sebelum bergerak ke Banting mengunjungi sanak-saudara belah mak.


Along, anak dia, Siti and mak cayang, on the way to Banting, raya pertama.


Along and Ally Faris, anak angah, kat umah kak ati, Selayang, raya pertama.

Angah and abang ngah, rumah kak ati juga.


Kami sekeluarga, juga di rumah kak ati, raya pertama...
Tak pernah pi rumah kak ati sebelum ni, tu yang teringin amik gamba buat kenang-kenangan...






Thursday, September 17, 2009

Selamat hari raya aidilfitri...

Lusa dah raya.. takyah tengok anak bulan. Dah kira siap dah.
Kejap benar ramadhan rasanya.
Cukup ke dah amalan kita sempena ramadhan ini, sudahkah Allah redha dengannya?

Aku masih keje.
Haiiii...

Malam ni ada gang yg nak menikah!
Semoga berjalan dengan lancar semuanya.

Malam ni juga, aku dan kanda baru bercadang nak belikan baju raya anak2.
Lambat? Biarlah lambat, asal selamat..

Tuesday, September 15, 2009

Luahan rasa

My sis in law called. She was very upset about what happened recently.
Upset with her mother.

When i heard her story, i also came down with tears.
Sometime the person so close to you, can be sooo hurting.

She also told me how good it was to be with my mother who is her mother-in-law.
It's sooo different when we, my sisters, her husband and me were around our mother compared to hers.

I cried again...

Buka puasa at Dewan Perdana Felda lagi tahun ini...


Best ni, lauk menggoda.. Semua jenis amik sikit2.. puas dapat rasa semua!






Ini yg ada udang ni, lauk echah.. tak bergerak2, dia lepas amik makanan ni. Lain2, dia kongsi2 je..
Air sirap ni pulak.. perghhh, walaupun just sirap, tau!






Monday, September 14, 2009

Pecah kaca pecah gelas

Jumaat lepas, aku datang keje lambat. Sampai kat parking, rupanya dah penuh. Pusing2, last2 aku park jauhhh di ujung jalan. Memang Kumar tak jaga area tu. Mana ntah mamat tu pegi masa aku nak parking tu. Sebelum tu dia call tanya aku kat mana, masa aku tengah on de way kat Jalan Kuching lagi.

Petang tu, Echah nak tumpang aku balik sampai pasar borong. Okaylah, but I told her we have to walk far, coz I parked very very far. Tiba2, dah bukak kunci kereta, aku perasan barang2 dalam laci deshbod sumer sudah terkeluar, pastu aku nampak cermin aku dah pecah. Bertabur kaca sini sana. Takutnya akuuuu… jadi lagi benda niii.

Puaslah aku memikirkan, kenapa kembara aku jadi pilihan. Kereta2 lain semua lagi baru, lagi cantik2, tak pulak dikerjakan.

Ini dah kali ke 3 kena tau, 2 kali belah penumpang depan, 1 kali belah pemandu. Kenapa tak renti2 deme memecahkan cermin akuuuu??

Terebang duit 150rm yg aku bajet nak bayarkan kuih2 and things before raya.
Hancur hati bila duit takde. Dugaanku di bulan Ramadhan.. bersabarlah hatiiii!! Ya Allah, kau berilah petunjuk Mu pada hamba yang lemah iniiii.

Tuesday, September 08, 2009

Yupiyesar

Anak aku sedang bergelut menjawab soalan harini, pagi ni. Pagi tadi dia tak sempat tido selepas solat subuh tu. Nak bersiap plak pakai baju butang pulak tanggal sebijik. Hish, bukan sehelai je baju dia ada... but, kenapa baju itu yg dipakai?

Ayah dia dah mula hangin. Seluar plak ketatnyaaa ya amat. Cepat benau dia membesau. Lagi bulan puasa, lagi dia menjadiiii. Udahlah, biar umi jahitkan kejap butang tu. Ayah korek2, dalam almari baju dia, jumpa lagi 2 helai. Terus ayah amik iron tolong gosok kemaskan baju2 dia.
















Gelabah bila cari surat beranak plak takde. Lahai, tak tauplak kena bawak surat beranak. Umi simpan surat beranak kat ofis dalam file. Ini kes kalut lah ni! Last2 dia bitau, takyah bawak surat beranak, just remember the numbers will do. Dia ingat ke? Haiyo.. aku yang panik!





Hopefully Amal akan tenang menjawab soklan2 UPSR tu hari ni, esok and lusa juga. Umi dan ayah, serta opah and atuk sentiasa doakan yg terbaik utk Amal, aminnnnn.

Monday, September 07, 2009

Buka puasa di Nelayan Titiwangsa 2009

Bila bulan puasa, tentu ada buka2 kat luar ngan kengkawan ke, opis ke, adik beradik, ke kan?
This one, ngan kawan2 opis, 12 orang semuanya.
Ada sorang mamat tu, tak dapat pegi, sebab kena tahan kat opis, soh buat keje.. ada ke patuuuutt?
Sabar je la.
Dah dia takde, tinggal sorang je la kanda yang lelaki pada hari tu. Sian, terkonteng-konteng dia.
Tapi kanda tu control macho je, hihih.. dah biasa, kot!
Makanan okay, banyak gaklah pilihan.
Ini couple of the nite.. heheh.. perasannn. Macam kami je makan sebab gambar pot stimbot tu kan?
Tima kasih cik puteri imaniesya kerana sudi mengambil gambar2 dan sudi menyebarkan kepada kami semua juga...

Wednesday, September 02, 2009

Sejuknya

Sekarang macam musim sejuk je. Hari2 geletar sejuknya. Jadi, aku ulang alik ke toilet.
Toilet tu takde aircond, suammmm sikit. Lega tau..

Aku ni banyak lemak di seluruh badan, tapi, aku tetappp rasa sejuknya opis ni. Tak tahannnn.
Rasa cam nak keluar jalan2, tapi, nak simpan tenaga..

Tengahari ni nak buat apa? Nak lepak di surau? Borak, tido?

Tuesday, September 01, 2009

Diskusi ama temen-temen (busan amattt)

Tadi aku ngan sitishu turun 13, gi jumpa ati gts. Dah lama tak jumpa dia. Siti nak bagi ati gelang beli dari KK haritu. Kemain suka dia.

Pastu kami borak2. Update where to go for buka puasa and everything yang terlintas di kepala. Ati citer pasal kasut crocs dia. Pastu kami citer pasal siti yang mak dia soh dia kawin cepat2 dalam bulan puasa ni, supaya bila raya, dah dapat bawak Wan (bakal suami) dia balik kampung beraya bersama2. Sian dia. Halangan dia cuma Wan tu takde masa nak pi settle things sebelum nikah. Tu je.

Pastu citer tudung pulak. Tanya2 tudung beli di mana, berapa harga. Serik dah nak beli mahal2 sedangkan buleh dapat yg ala2 dengan harga yg lebih ekonomi. Apa lagi ek.. oh, citer pasal ke mana nak berbuka puasa. Ati nak buka di satu restoren kat Sogo near the food court tu. Si siti plak, nak buka puasa ngan kawan2 dari ofis lama dia, teknip, kat restoren kabul near here. Best laaaahhhh dorang makan hari ni. Aku ni tak tentulah apa nak dimakan lagi nih. Janji dapat sampai rumah and masak nasik cukup. Yang lain, acik malaih nak pikir dah. Aku bajet2 kanda sampai dulu and prepare apa2 yg patut, tup tup, dia kena keje OT. Tu yang jadi malesss sangat. So, buat ala kadar je. Yang penting dah sampai di rumah, kan?

Jumaat ni, insyaallah, aku and gang akan berbuka di restoren nelayang, titiwangsa. Bunyi cam best, rasa tatau lagi..
gambar2 ini tidak ada kena mengena dengan entry ini, just nak tunjuk kami suka bergambo, hiks!

Thursday, August 27, 2009

Selamat sudah

Kawanku cikpuan N sudahpun selamat melahirkan anak lelakinya semalam.
Patutlah dia tak datang keje semalam. Rupanya dia melahirkan anak.. hihi.

Alhamdulillah, dah lega. Sian dia berattt betui!

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan datang lagi..

Esok sehari, lusa dah kita mula berpuasa..





Alhamdulillah... jika kita sampai umur nak menyambut ramadhan di taun ini, maknanya Allah masih bagi peluang pada kita mensyukuri hidup kita ini.

Ameer taun lepas dapat 20 hari puasa.. taun ni tentu lebih lagi, kan?



Tak sabar rasanya!!



Semoga ramadhan ini datang bersama keberkatannya.



Ya Allah, kau berilah kami sekeluarga kemudahan dalam menghadapi ujianMu dalam bulan ramadhan al mubarak ini.

Monday, August 17, 2009

Pot luck again

This time kita join venture ngan word processing dept. Berbagai juadah disediakan, lebih kurang 25 orang dengan juadah berbeza. Makannya waktu lunch nanti.

Aku dah tak sabar nak mengadap makanan2 tu semua. Perut ni udah di reserve nak merasa semua masakan2 dorang tu. Aku punya contribution ialah ikan bilis tumis ngan cili api. This time aku pakai cili api putih dari KK yg di beri dek siti syu hari tu.

Nanti kalu tak lupa, aku akan snap few photos letak, ye?


Potong rambut sudah

Jumaat lepas aku ajak kanda temankan aku gi potong rambut kat depan Bintang. Tak sangka dia sudi ngikut.. hihi.. Selalunya takkan ndak dia, tapi aku buat2 merajuk the nite before, sambil kata "sekarang ni apa2pun taknak dah pegi ngan saya ek.. temankan pun takmo jugak?".

Tu yang dia jaga ati tuh.. kena gak temankan..

Sekarang rambut ku dah rupa jantan, pendekkkk je, but still the longest in our household, since deme sumer ala2 botaks, kan?

Friday, August 14, 2009

Heart is the problem

Hari ni Jumaat dah. Rasa kejapppp je masa berlalu. Lama jugak tak buat entry. Sibuk la konon. Memang sibuk. Keje banyakkkk, maka tak sempat nak buat keje sampingan dah.

Resume aku dah aku hantar merata-rata. Tapi nampaknya tak berhasil yet. Keje kat opis ni aku buat juga, aku bukanlah jenis yg tak pedulik keje bila tak minat lagi.. aku teruskannn juga.

Semalam aku dapat tau 2 kematian. Satu tu adik kepada Nurul, office mate aku yg baru je melahirkan anak pertama. Meninggal kerana heart complication katanya. Umur dia muda lagi, around 25 gitu, baru je kawin tak sempai setaun. Aku tak kenai direct, kakak dia tu yg selalu tunjuk gambar2 kawin dia, pastu bitau dia dah mengandung, dah selamat melahirkan dan baru2 ni bitau adik dia tu sakit. Dia plak tergesa2 nak balik kg. sebab tu. Tup-tup dia masuk opis semalam, ada kabar kata adik dia dah takde.. Innalillah hiwainna ilaihiroji’un. Dah sampai ajal dia.. Aku ni pulak, bila lah ye?

Second , petang sikit, lepas 5.30, akupun tengoklah internet, FB, surf2 sikit, tiba2 dapat tau, Ustaz Ari Rabbani pulak dah passed away.. of heart attack. Heart jugaklah sebabnya. Ntah lah.. mungkin ini semua patut mengingatkan kita bahawa giliran kita dah dekat sangat, kan?

Ni, Ramadhan dah dekat sangat.. Tatau whether aku berpeluang ke idak ngabiskan sebulan itu. Kalu abis, then raya.. hihi.. bab tu paling aku suka. So, ramadhan ni, aku cadang nak mula gi terawih, kalu takde apa2 halangan. Semoga Allah sampaikan niat murni aku nih.

Tuesday, August 11, 2009

tikus keparat




Tahun ini, aku jadi lagi supporters for the rat race. Kali ni dah ntah berapa kali aku buat menda ni with pwc. Aku dah bosan.








Tapi, sebab nak bersama2 ngan kawan2, nak hepi2, aku lupakan kebosanan aku itu.








Kali ini, aku and the gang naik kreta aku ke sana. Park le memana, ntah mana aku park tadi, tak taulah... Janji cepat bleh gerak balik.








Kawan2 yg menjadikan acara ni menarik, kalu idak, takdelah aku nak pegi dah.. takde makna..




Tuesday, August 04, 2009

KK yang sangat seronok



Siti and aishah and me.., gi jalan2 ke Kota Kinabalu hari tu. Jumaat sampai Isnin.

We had fun.. Lupa jap politik opis. Memang paksa pikiran ni lupakan jap kisah tu!


Pemandangannya sangat indahhhh sekali.... nyamannnn jugak... Tengok jelah dorang2 ni posing.










Yang paling asyik kat KK ni ialah barang2 kristalnya dan jugak mutiara. Sangat hebat.. Aku and gang rasa sangatttt teruja. Tengok je lah kat kedai di pasar malam tuh.






Kami ada lah beli sikit2 barang2 kemas ni untuk koleksi kami.. seronokkkkk betui, cantekkkk sangatt, susah nak buat pilihan. Rasa cam nak beliiii semua bagi kat kawan2 buat souvenir, tapi since bonusnya dapat ciputttt, maka terpaksalah kami beli ala ala je, hik!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...