Tuesday, December 26, 2006

Merajuk



Aku bengang sangat nih... Tak boleh nak simpan. Rasa bengkak dalam dada nih. Dia bilang aku suka nyampuk bila dia cakap on henfon, macamnyer aku tak boleh nak biarkan dia sendiri. Ohhh... sekarang ni semua benda tak betul jer. Masak lambat marah, hangin, rumah sepah, hint hint kat aku cam aku ni tak wat kerja and now, aku dah suka menyampuk pulak.

Aku menyampahlaa. Aku cuba buat yang terbaik, tapi.. manusia mana ada yang perfect, kan. Hati aku terguris sangat bila dia buat aku gitu. Aku ni dah jadi bebal nih. Rasa cam taknak layan dia lagi. Biarkan jer dia sensorang, buatlah apa dia suka. Aku takmo tegur and only will respond if questioned. He's always the good one. I am the only person with mistakes.

Biar dia rasa, orang yang suka menyampuk ni jadi gini sebab dia tu tak peka. Buat benda bodoh and harap orang will accept you all the time. Crap laa. Aku nak buat bebal gini sampai bila? Biar aku puas hati dulu. Kita tengok sapa yang tak sedar diri! Benciiiiiiiiiiiiiii!

Melawat guru

Hi!

Last Saturday, i went to Encik Rijal's place at Duta Vista Resort. Dia ni, my lecturer, i mean ex-lecturer in UiTM. Dia ngajar shorthand and trengkas sampai part 5 la. We become close since the first class lagi.

He is not well, not well at all. Baru jer retired, dapat stroke. From stroke hari tu, dia tengah nak recover. Rupanya, memacam side effect from the stroke. Lepas makan-makan, anak-anak aku dah syok main kat umah tu sebab lapang sangat. En. Rijal plak, dok bagi nasihat cemana nak prevent from getting stroke.

Makan jus peria and green apple, atau buat ulam jer peria tu. He even recommended us to buy the juice extractor from Amway.. sempat promote lagi. Then, kena exercise hari-hari like 30 minutes to just sweat yourself. Itu sangat penting, katanya. Bukan aku tak tau, but, as you know, aku ni ada penyakit lain jugak... penyakit M, hik..

Balik dari situ, singgah Dataran Merdeka 2 minit, amik gambo, terus balik. Dalam kereta, kanda ajak gi Pahang, umah Kak Zizah. ... ikut jer la. Raya Haji, takde la payah ke sana lagi.. so, aku boleh tido as i wish, kan?

Mogok masak

Aku memang nak mogok ni... takmo masak. Sudahlah!
Bila aku nak makan, aku nak makan jer apa-apa yang ada, boleh?
Jangan mintak aku masak apa-apa okay?
Menyampah dah!

Friday, December 22, 2006

Insaf

I had lunch with my gud fren Od today. We went to Insaf Restaurant. Makan nasik briani, sampai kenyang tak hengat diri ..

Terima kasih diatas kesudianmu membelanjaku, Od!

Jasamu kukenang selalu, semoga murah rezeki dan dapat membelanjaku lagi!

Key to success?


Wahai kawan-kawanku,
di saat kamu merasa disusahkan oleh boss,
atau diperlekehkan oleh mereka yang merasa mereka boss jadi mereka berhak berbuat begitu, maka renungilah kartun di atas ini, dan ketahuilah sebabnya..

Thursday, December 21, 2006

Hit and run

Happened to me this morning. WXX 5647, that's the orange, van number. Tukar lane macam tak pedulik orang. An indian guy driving.

Kanda macam worried when i called to inform. He came to my rescue. Nothing to be rescued pun. Acik takut nak berenti. Never had this experience before. Dah la lambat!

Bunyi kena bang tu kuat jugak, but takut nak stop, as the traffic pun macam slow jer. Aku cuma takut kanda marah kat aku tak pandai jaga kereta. Well, it wasn't my fault!

Kanda waited for me tepi Jln Duta's flyover. I didn't stop pun, he only looked at the car and called me saying it looked okay, no scratch or kemek whatsoever. Sampai kat parking, i totally forgot to look at the car. So the very the kelangkabut of me. Dah lambat nih..

Oh God, please help me!

Tuesday, December 19, 2006

Penderaan mental

Taukah anda apa yang dimaksudkan penderaan mental?
Tentulah ia sesuatu yang tidak dapat dilihat dari luaran atau fizikal akibat dari penderaan serupa ini, kan?
Jadi, bila berlaku penderaan mental, seseorang yang menjadi mangsa, akan mengalami tekanan dari segi dalaman. Ada yang berani membuat pengaduan untuk membela diri, tapi, ada juga yang terpaksa menyimpannya sendiri. Tak kurang juga mereka yang berkongsi masalah ini dengan harapan semoga orang lain tidak akan menerima nasib seperti mereka. Hakikatnya, hanya individu yang menanggungnya saja dapat merasa kesakitan didera secara mental ini.

Lib, kawanku, menyarankan aku menulis tentang penderaan mental yang selalu berlaku kepadanya. Dia memang seorang pekerja yang cekap. Serba boleh dan selalu sedia membantu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bossnya. Tetapi, setelah mereka ini dibantu, mereka ini nampaknya lebih suka mengambil kesempatan ke atas kesudian Lib membantu. Lepas satu, satu, tugas dipertanggungjawabkan kepadanya, sedangkan mereka itu sendiri ada pembantu masing-masing. Dari sehari ke sehari berbagai tugas diberi. Kadangkalah tugas harian Lib terganggu akibat diganggu oleh mereka yang ingin pastikan Lib membuat tugasan seperti yang sepatutnya. Lib rasa amat tertekan bila mereka tetap menganggapnya sebagai pembantu mereka sedangkan Lib sudah ada tanggungjawab berat untuk dipikul.

Bukan mereka sahaja, malah kawan-kawan juga ada memperlakukan Lib sesuka mereka. Lib tidak suka membuat bising dan sentiasa simpan di hati, membuatkan ada kawan-kawan suka menggunakan dia untuk memudahkan kerja mereka.

Hari ke hari, tiada perubahan berlaku. Yang pastinya, Lib cuba mempertahankan prestasi kerjanya di tahap tertinggi, walaupun deraan mental itu membuatkan dia berasa tidak selesa. Mereka itu masih lagi menganggap diri mereka boss yang harus dipatuhi Lib. Mereka percaya Lib tak akan berkata TIDAK kepada mereka. Kenapa mereka tidak mengerti bahawasanya penderaan mental itu adalah lebih merosakkan dari penderaan fizikal.

Tahaper haper...

Lead a normal life

This morning it was raining. Donno from what time it has started. But when my handphone alarm started to shout at 6am, it was still raining and still hasnt stopped until i got ready to go out. How i wish i was on leave and takyah bergegas nak gi kerja. Boleh sambung tido!!

The traffic, as usual la, kalau ujan, mula laa jam tak tentu hala. Aku dah risau, bukannya risau lambat sampai opis, tapi risau tak dapat parking space kat blakang opis tuh.

Aku ni sampai sekarang, payah lagi nak adjust parking kalo space nya limited. Sebab tu aku suka kuar pepagi and sampai sana masa parking tu masih banyak kosong. Aku suka bila parking tu, adjust sesiap, takyah pikir dah bila nak kuar nanti, terus start engine, jalan jer... sementelah aku tak pandai ngat reverse mengreverse nih. Tulah masalah poblem den. Takde la besau mana sangat poblem tu, that's why i survive till sekarang.

Dah mula drive, rasa tak boleh pulak nak naik bas semula. Ada orang tu, dulu drive, sekarang, dia pulak tukar naik motosikal, aku ni, the other way round pulak. So, kenala aku berhati-hati dan berjimat cermat, tak gitu? Aku dapat jimat masa, itu jer la. Sampai awal sikit, so, lebih masa to spend with my kids and family . Itu yang lebihnya...

Amacam... idea tengah banyak nih..

Sea Weed Grass

Pernah dengar?
MSWG - Malaysian Sea Weed Grass association... ada ker? Nak tergelakpun ada. Bukan laa, aku pun tatau aper bende panjangnya MSWG nih.

Monday, December 18, 2006

Cover

Hi!
I am back to my under cover work with CIA. This time it's with KPH at 11East.
What am i going to do? As usual, pretend i am the PA laa.

Sick laa, asik asik under cover. Even Angie pun dah bengang aku asik pi mengcover, but takde orang cover kerja aku sendiri. Dia call tadi, checking on the thing she gave me this morning whether i've done it or not. Dah tau aku buat undercover work, takyah la bagi aku kerja, soh la orang lain tu tolong sat. ST tu pun satu, arrange la someone to cover me jugak ek.., sebabnya KPH ni, dah booked aku dua minggu. Tentu Angie bengang giler sapa pun takde nak tolong dia. Waha hahahaahahah... takut beb, this is going to effect my performance jugak nanti!

Friday, December 15, 2006

Hari jadi lagi.. sambungan

Just came back from Alip's birthday party. Emm, makan sedap. Kek kopi ke capucino tu memang kelassss! Ada spagheti, mi hailam, sandwich, kuih talam and coklat. Makyang buat party aku tak pernah lagi tak pergi.. dey, makan free, sapa takmo? Rejeki jangan ditolak, tak gitu? Hancus i punya diet... ahaks.

Kanda tak balik lagi.. it's already 9.56pm. Lewat lagi. Amal and Ameer still kat umah makyang, party sakan. Baru sunyi sikit kat umah ni, takde suara anak-anak truna aku tu. Dapat melayan diri memblog (ada perkataan ini?).





Ni bukan gambar besdei alip, but hiasan semata-mata.. ni masa besdei si Aris, adik Alip, bulan February lalu.. tu jer ada dalam simpanan.

Hari jadi lagi..

This time it's Alip's. He turned 8 jer baru. His mom has invited me to this party since 3 days ago.
"Balik kerja nanti, ko mai umah aku, tolong apa-apa yang patut ye?".. gitu la kata makyang pesan pada aku malam semalam masa nak ke umah mak.

Bulan 12 nih, memang ramai ahli kuarga aku nyambut besday. Abah, mak, kanda, alip and daniel juga.
Kalau abah and kanda dah sudah, kena pulak la carik adiah untuk lagi 3 orang. Well.. tak yah ajar dorang ni beli adiah kan? Nanti tiap-tiap taun pun mintak jugak... susah la i beb!

Thursday, December 14, 2006

Lupa matlamat

Baru aku teringat matlamat yang aku buat 3 months back... nak kurus balik.
Adakah aku sudah terbabas dari sasaranku?
Yeah.. kenapa tak balik ke jalan yang benar wahai Su?

Mulakan semula...

Fikiran sempit

Adalah sorang manusia tu.. selalu sangat pandang rendah kat orang.
Tak baiknyer la dia. Kenapa pada dia orang lain tu semua tu ada jer kurangnya. Kalau adapun kurang orang lain, kenapa kau nak merendah kan orang? Apa hak kau?

Tuesday, December 12, 2006

Ada cerita pasal i?

Kassu.. u ada tulis pasal i ker?
Slalu u tulis pasal apa ye?
I tak paham apa you tulis, bahasa u orang macam indonesian laa..
Ayoyo tanggaci...

Relax la Kala... bukannyer taknak tulih, u taknak baca jer!

"A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart."

Do not stop playing

We do not stop playing because we are old; we grow old because we stop playing...

How about that, that's why laa i feel so the very the old lady these days, i have stopped playing like i used to when i was young dulu. I used to play kejar-kejar, polis sentri, baling tin, bola sepak, badmintaon, tarik tali, lompat getah and my favourite, batu sremban. Tu la dia sebabnya.

I dont want to grow old before my time.. i should be enjoying my life. Celebrating all the good times with family and friends.

Friday, December 08, 2006

We don't give a damn....

Aku rasa memang betul tulisan di bawah ni. Aku copy dr satu blog lain... betul la katanya..

THIS HAS BEEN WRITTEN BY A MAN.

This is for all you girls 30 years and over... and for those who are turning 30, and for those who are scared of moving into their 30's. AND for guys who are scared of girls over 30!

This was written by Andy Rooney from CBS 60 Minutes.

Andy Rooney says:

As I grow in age, I value women who are over 30 most of all. Here are just a few reasons why:

A woman over 30 will never wake you in the middle of the night to ask, "What are you thinking?" She doesn't care what you think.

If a woman over 30 doesn't want to watch the game, she doesn't sit around whining about it! She does something she wants to do. And, it's usually something more interesting.

A woman over 30 knows herself well enough to be assured in who she is, what she is, what she wants and from whom. Few women past the age of 30 give a damn what you might think about her or what she's doing.

Women over 30 are dignified. They seldom have a screaming match with you at the opera or in the middle of an expensive restaurant. Of course, if you deserve it, they won't hesitate to shoot you, if they think they can get away with it.

Older women are generous with praise, often undeserved. They know what it's like to be unappreciated.

A woman over 30 has the self-assurance to introduce you to her women friends. A younger woman with a man will often ignore even her best friend because she doesn't trust the guy with other women. Women over 30 couldn't care less if you're attracted to her friends because she knows her friends won't betray her.

Women get psychic as they age. You never have to confess your sins to a woman over 30. They always know.

A woman over 30 looks good wearing bright red lipstick. This is not true of younger women.

Once you get past a wrinkle or two, a woman over 30 is far sexier than her younger counterpart.

Older women are forthright and honest. They'll tell you right off if you are a jerk if you are acting like one! You don't ever have to wonder where you stand with her.

Yes, we praise women over 30 for a multitude of reasons.

Unfortunately, it's not reciprocal. For every stunning, smart, well-coiffed hot woman of 30+, there is a bald, paunchy relic in yellow pants making a fool of himself with some 22-year-old waitress.

Ladies, I apologize. For all those men who say, "Why buy the cow when you can get the milk for free". Here's an update for you. Nowadays 80% of women are against marriage, why? Because women realize it's not worth buying an entire PIG, just to get a little sausage.

hmmm..

Thursday, December 07, 2006

Selamat Hari Jadi Kanda!


7 December 2006

Hari ni, tiga puluh dot dot tahun yang lalu, di kg. Seberang Tok Pi, Kuala Perlis telah lahir seorang bayi lelaki yang diberi nama Abd Dot Dot oleh mak dan ayahnyanya. Budak lelaki ni tidaklah comel sangat, melainkan kurus dan kerinting rambutnya. Walaupun begitu, hidungnya sangatlah mancung walaupun masih bayi, mungkin sedikit mengikut rupa ibunya yang berdarah Arab barangkali.

Walaupun begitu, dia sudahpun mempunyai 11 orang adik beradik yang lain dalam keluarganya. Wow.. sungguh besar jumlahnya. Dia diberi kemanjaan oleh semua ahli keluarganya. Namun begitu, dia tidak pernah diberi kelebihan untuk tidak menolong membuat kerja-kerja rumah seperti jugak abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Dia juga mengambil bahagian semua kerja-kerja rumah yang telah disusun oleh emak dan ayahnya. Walaupun yang bongsu, sehingga kini, pendapat dan fikiran Abd Dot Dot selalu diambil kira oleh semua adik-beradiknya. Semua anak-anak saudaranya sangat menghormati Abd sehingga sekarangpun. Dia selalu dihubungi bila mereka mengalami masalah dan perlukan pertolongan.

Itulah sebahagian daripada cerita mengenai kandaku yang tercinta, dari lahir, sehinggalah kami berumahtangga. Kanda seorang lelaki yang tegas dan bertanggungjawap. Walaupun gitu, dia tetap menjadi penghibur dengan jenaka yang kadang-kadang tak pernah kita fikirkan. Itu antara sebab aku jatuh cinta padanya dulu... and still cinta padanya lagi sekarang.

Kanda, happy birthday to you....


Wednesday, December 06, 2006

Ladies' day out


Thursday hari tu 30 Nov 2006

Maybe we can call it momma's day out kot, as semua yang keluar ngan aku ari tu emak-emak orang belaka, siti zen and makyang. Kami pegi berjalan-jalan, makan-makan dan borak-borak sambil cuci mata. Tempatnya di Suria KLCC. Macam takde tempat lain, but di situlah tempat kegemaran siti, tah kenapa aku ngan makyang tak boleh nak kata NO plak. Maybe becoz kami pun "teruja" bak kata Od, untuk sama-sama ke situ dan merasa kesibukan kompleks itu di hari hari cuti sekolah ini. Hmm... aku jadi bengong bila jalan ngan makyang. Even siti pun segan. Eh, memanglah siti tu orang yang pemalu, gitu. Seswai jadi kawan aku yang tak berapa pemalu ni, jadi pelengkap diri gituh. Merapek lagi aku nih.

Lepas makan dibelanja siti, kami gi TGV cari tiket wayang... kengkonon ada ati tu nak tengok "cinta". Bukan senang first day showing nak dapat tiket lepas dia punya promosi kat tv, bukan main sakan laa... Makyang punya beria, akhirnya dapat tengok Denzel jer! Nasib baik aku punya feveret, si Denzel tuh, kalo tak, tentu aku pakat tido macam last time jenjalan ngan siti tu. Anyway, the show was great, a 7 out of 10. Cool, but i like the story becoz no such thing in the real world.. america memang selalu buat orang amazed with their technology (in the movie most of the time, dengan satelite, dengan all the gadgets tah aper-aper) padahal dorang nak buat spaceship naik seinci dari bumipun still tak mampu. Aku tau Jepun lagi terror, hik..

cerita pelik tapi menarik...


Abis movie, klangkabut makyang buat announcement kena balik, takut lupa diri katanya...


Hmmm, bukan ke kita semua janji tadik nak minum kopi dulu sebelum kita balik and continue with our every day life?

She kept reminding herself (agaknya laa) what to do, what she always do.. bla blaaa blaaaaa. Letih la beb!


Then i remember........... tu la sebabnya aku jadi gini ari tuh ... tobat beb! Aku takmo kuar lagi ngan pompuan tu!!

Tuesday, December 05, 2006

Rombongan Cik Kiah melawat KLCC

4 Dec. 2006, Senin

Korang pernah lawat KLCC? Semalam aku cuti dengan tujuan membawak anak-anak melawat kolam mandi di sana dan memberi peluang anak-anak aku mandi bersama anak-anak orang lain. Aku sampai kat kolam at 9.05am gitu and found out that it only opens at 10.00. Hmm, takpelah, tunggu while Amal and Ameer enjoyed themselves at the nearby playground. But, when it's almost time, the mak guard (tatau bangsa apa, rupa melayu, but pelet sikit) was telling me (in English, mind you) that they are not opening the kolam that day, but becoz it the school holiday, the management decided to open, but, only at 1.30pm. Waaaaaa!!!! Nak nangis aku beb, dah la aku park kat dalam tuh, bangunan glamor tu ada 5400 parking spaces, if i'm not mistaken, mahal la tentu parkingnya, but, kalo nak tunggu petang baru boleh mandi, baik aku balik mandi kat Siantan jer. Nasib badan.

Od and kids were informed of this and they don't mind. They have the day for themselves. Aku and the boys jer la tak mampu nak nunggu. Anyway, we went to the TGV, to get the tickets to watch Happy Feet, then went to visit the Skybridge.


cute giler bila penguin tu buat tap dance... tep, tep, ketep, pep

Then makan our bekal at the food court (selamba rock jer) and then straight to the theater. I paid RM11.00 for 4hr 47min parking and went straight to Giant Batu Caves and Siantan Pool. Sampai umah almost 4.30pm. Letihnyaaaa!

Tuesday, November 28, 2006

Kalendar 2007



Aku sentiasa rasa gambo anak-anak aku jugak yang comelnya masa dorang kecik-kecik dulu. Even adik, up till now, 4 years old, masih comel... (dey mak mana tak nampak anak dia comel?).. Jadik, aku decided nak buat kalender bergambar anak-anakku...

Kat opispun dah dua tiga orang tetanya cemana buat itu kalendar. Aku gantikan gambo pempuan dugong tu dengan gambo anak-anak aku la.. kan ke mudah? Layannnnn....

Monday, November 27, 2006

Merak kayangan


Korang pernah dengar lagu ni?

Syahdu sesangat. Aku dari kecik sampai besau ni masih suka mendengar suara J.Mizan membawakan
lagu ni..
Memang takde orang lain dalam negeri ini yang bersuara macam dia.. unik sangat.

Bila dapat download, aku asik ulang, ulang, ulang dengar... tak jejemu lagi..

Cuti

Cuti taun gua ada lagi 5 ari. Gua tatau apa nak buat. Nak jenjalan tak berbajet, nak lepak umah, sayang plak, tataulaa..

Gua sedih gak pikirkan cuti sekolah bebudak, wa tak bawak dorang ke mana-manapun...

Jom gi Penang.. Pesta Pulau Pinang, ada kengkawan nak sponsor penginapan dan pengangkutan?

Hmmm....

Tinggal kenangan..


Ahad 26 Nov. 2006

Bangun subuh dengan beratnya... maklumlaa, ari cuti. Kanda pulak, kena kerja jugak.. lecey la, kerja macam tak tentu time kan?

Tetiba teringat kan hamster letak kat luar malam tadi. Pila tengok from the sliding glass. Masha Allah... dah tunggang terbalik sangkar dia. Habis sudah kena makan dengan makhluk tatau benda, mungkin kucing, mungkin biawak... mungkin tidak!!

Kesian amal.. takde lagi hamster pet sepasang dia tu... Semalam baru kena lecture pasal hamster tak bagi makan, tak kemas sangkar dsbgnyer... ari ni dah jadi sejarah pulak hamster-hamster tu (Gary and Hamtaro!! - gitu nama mereka).

Wednesday, November 22, 2006

Simpan duit banyak-banyak


Rabu, 22 November 2006

Pagi ni, it took me about 30 minutes jer to reach the office. Aku bawak nasik goreng. Kandapun aku bekalkan, Azmeerpun dapat. Sepinggan besar untuk opah and Amal kat umah depan. Amal amik duty tido dengan opah semenjak atuk kerja malam. Masuk 3 minggu dah kot. At least abah ada kerja sekarang. Takdelah dia boring sangat melangu depan tv. Aku sedih memikirkan aku sendiri tak boleh nak provide abah. Dia sampai tua kena kerja jugak. Sepatutnya, cam dia dengan mak tu, takyah sesusah pikir carik duit dah. Anak-anak tentu boleh support! Tapi, banyak mana boleh bagi? Aku pun jenis bergaji rendah man! Sedey ni!

Kalau stay kerja sini, kebarangkalian untuk simpan duit, memanglah kecil. Tapi mana lagi aku nak pergi dengan usia yang dah mensenja ni? Hai... redha jer la.



Bulan depan, mungkin Ameer kena berenti sekolah pulak. Mak dah setuju nak jaga dia sementara. Aku harap everything is okay with mak. Ameer baru nak masuk 5 taun next year, tentulah 12 bulan lagi aku kena keluarkan duit yang banyak setiap bulan, termasuk dengan yuran tahunan dan segala depositnya, bila kira-kira, memanglah aku tak mampu antar dia kat CLC tu. Aku sedar diri! Kandapun bukannya gaji besar sangat. Kami ni kira cukup makan jer... Hai, aku sedey benar bila pikir aku tak boleh bagi yang terbaik untuk keluarga aku. Lemah benor rasanya. Cemana la orang yang ada anak 6, 7 orang tu, kan?

Amal pun tunjukkan kemerosotan dalam pelajaran dia. It shows how weak a mother i am. I did not pay much attention to his studies, that's why he became "corot" in his class. Next year, dia dah kena turun pulak from kelas A to kelas B. Kesian dia.. Umi mintak mahap Mal, umi memang cuai!

Huaaaaahhhhhhh.....

Nyampah...


Semalam, 21 Nov 2006

Aku rasa malasssssss bener! Kenapa yek?
Pastu asik kena marah jer! Kenapa yek?
Semua aku buat tak kena jer! Kenapa yek?

Monday, November 20, 2006

Chicken chop

Semalam, Ahad 19 Nov. 2006

Weekend ni sungguh bermakna sekali. On Saturday, kanda and i celebrated our 11th year anniversary... lama beb, but rasa cam baru semalam jer kami buat kenduri kawin tu, hmm. Bulan Nov ni, ramai orang nyambut anniversary. Am on the 30th and Od on the 15th... ye ker? Memang ramai, sebab masa tu cuti sekolah, kan?

Kanda soh aku masak mi kari, sementelah siti zen and family nak mai umah beraya petang Sabtu tu. Puaslah makan mi kari sehari semalam. Malam isham pulak mai sekeluarga, so berbaloi la buat mi kari.. boleh menjamu ramai orang. Ingat hari tu kanda nak bagi hadiah ker apa, tapi bila pikir- pikir dia siap amik cuti just becoz dia tau hari tu anniversary pun aku dah rasa terhibur. Kami spend the whole weekend melepak kat umah jer sambil melayan bebudak and tivi.

Mak sekarang dah tak penat sangat.. sebab nenek ada kat umah cu yan. So, dia rasa cam nak berjalan, dia bitau aku siang-siang, boleh aku buat plan bebaik dengan dia. Semalam, katanya teringin nak makan chicken chop. Aku tanya, nak buat ker? Dia takmo, katanya dia nak beli jer. Dia kata dia ada duit, dia nak makan di kedai dan nak belanja kami sekali.. Rezeki jangan di tolak beb... Hmm, kami petang semalam, takde masakpun sebab memang cadang nak makan belanja mak... dasat tak anak bertuah ni?

Anyway, mak aku memang the greatest in the world. Petang tu, lepas abah dah pi kerja, ujan turun dengan lebat sekali.. tak berenti sampai dekat kol 8.30 gitu. But, kami nekad kuar juga sebab nak makan chicken chop punya pasal.. hik! Entah kenapa rasa chicken chop kat selera impian tu dah tak sedap lagi laa...

Aku ingat lepas ni, aku sendiri nak blajar buat chicken chop and makan pepuas. Hmm... bila dah terror masak (tu mau kena 7, 8 kali try tuh), baru la boleh panggil adik beradik dan kengkawan makan chicken cop aku plak. Cemana, boleh tak agaknya? Hmm...

Thursday, November 16, 2006

Cuba cari

16 November 2006, Khamis

Tajuk tu sebenarnya tujuan aku untuk mencari masa, mencari peluang dan mencari ketenangan. Tensen jer seminggu dua ni. Kerja banyak, tah datang dari mana. Tak pernah dalam sejarah kerja kat sini aku dihantui kerja yang begitu banyak. Takut jer tak dapat buat semua... maka berkejar-kejarlah aku melayan semua kerja.
Akhirnya, habis juga semalam.... lega beb!

Aku dapat memblog this morning, itulah tandanya.
Ya Allah, perasaan ini sudah lama tidak kurasai.

15 November 2006, Rabu

Ati ikut aku balik sebab nak jogging sesama since ari cam tak hujan. But kuar jer dari bangunan ni, punya lah rintik-rintiknya... takpe. Kot-kot Selayang lega tak ujan, kami pun pelan pelan balik, sebab tak bley laju, jalan Kuching slow jer trafiknya. Last-last sampai umah aku dah lewat... by 6.20pm gituh, so we decided to just do aerobic jer dengan si pola bedul.

Anyway, Ati orang kedua selepas Maeran (eh, ke 4 la kalo kira ameer and amal!) yang mengikut aku ber"menari" menggoyangkan seluruh badan. Basah baju kami.. peluh sakan. Bagus betul rasanya dapat mengeluarkan peluh. Penat memang penat. Tapi hati ada puas juga...

Dekat kol lapan, kanda sampai, ati dah siap. Lepas Maghrib, aku mintak permission kanda nak ngantar ati balik. Even Opahpun nak hikut.. bosan beb, dok umah sensorang! Aku paham sangat Opah... dia memang suka berjalan-jalan lebih-lebih lagi takyah "berjalan". Bagus gak, semenjak nenek takde ni, dia bebas sikit.

Ati ni satu hal, sibuk nak belanja-belanja anak-anak aku kit-kat la konon. Bebudak tu punya la mengetuk... memacam dibelinya kat kedai tu, boleh?

Cemanapun, last nite, kawan merah aku mai plak... cepat like 4 hari nih... mungkin sebab tensen and penat altogether... layannnnn!

Monday, November 13, 2006

Sibuk

Isnin, 13 November 2006

Minggu lepas aku tak brapa sihat, amik mc dua ari, senin and selasa. Pastu aku masuk kerja, punyalah melambak kerja... masyaAllah.. Sampai kena buat kerja lebih masa dua hari tu. Cemana boleh jadi banyak gitu?

Friday aku ingat nak buat lagi sampai ke pukul 7 ker, memandangkan kerja tak siap-siap, but ada power shortage, so, aku kena blah by 6 gituh. Hmm..

Hari ni, kena sambung kerja dengan penuh dedikasi. Waaaaa, banyak lagi nih...
Datang dari mana semua nih?

Pastu ada sorang pompuan nih, feeling feeling bos aku plak, siap order soh aku buat tu, wat ni... macamlaa, aku ni senang sangat nak tolong dia. Ey, hello.. boss aku yang senior-senior pun buat sindrik tau kerja-kerja tuh... Dorang mintak tolong pun bab nak despatch out jer. Ko plak sapa? Siap bagi deadline lagik tu... mampus la ko. Aku tak peduliklah, aku sendirik banyaaaaakkkk sangat kerja. Tak layannnnnn!!

Monday, October 30, 2006

Rumah terbuka yang sempit

28 Oktober 2006, raya ke lima.

Ramai jugak yang mai, walaupun ari ujan lebat sesangat petang tu. Alhamdulillah, walaupun umah aku tu kecik jer, oleh kerana tetamu yang mai tu pandai ikut giliran memasing, maka semua orang dapat merasa masakan ibuku... ahaks!

Menunya:
Nasi himpit ala-ala ketupat tak berdaun
Rendang daging pedas istimewa
Ayam muda masak merah berlada
Mihun goreng cacamurba
Kuah kacang sambaria
Kuih karipap resepi keluarga
Air jus oren mandarin
Buah tembikan merah tempatan
Kek sponge hijau menawan
Lemang khas dari sungai tua

Boring beb...

Sian dorang semua kena berhimpit-himpit memandangkan rumah aku tu cuma sekangkang kera. Walaupun begitu, aku tabik semua boss-boss aku yang susah payah mai! Ada yang sesat barat, akhirnya sampai juga. Siap bawak hamper lagi. Sayang dorang semua tu dah nak tinggalkan aku sebab berenti... Nanti sunyilah aku kat ofis tu, huaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh...


Kerja masa raya

30 Oktober 2006, senin

Aku dah balik kerja walaupun raya baru hari ke tujuh...
Rindu juga dengan ofis dan kerja-kerja.
Mata pedih sebab tak cukup tido, tapi sebab dah kena kerja balik, maka aku layannnnn kan saja mata ini.

Kanda,
Dinda teringin sangat nak makan nasi putih, lauk tomyan seafood, daging masak merah, sayur kailan ikan masin dan tak lupa juga kerabu mangga... hmmm!!

Itu cakap orang kemaruk, dah berapa hari macam tak makan?
Itu cakap orang puasa sebenarnya, sejuk pulak... jadi, lapar... huang huang..

apa yang ko merepek ni labuuuu???


Friday, October 27, 2006

Raya 1427H

Raya taun ni best. Sebelum raya lagi, sumer adik beradik dah kumpul. Along balik ngan abangnyer, angah balik ngan abang ngah dan ally farisnya, am dan kuarganya, acu datang gak malam raya tu dan kami sekeluarga. Sumer adik beradik pakat buka posa last day kat umah mak. Seronok aku rasa, mungkin lebih lagi mak ngan abah rasa bila tengok sumer anak-anak dia ada.

Anak-anak aku dah aku janjikan main bungapi malam raya lepas solat isya'. So, dorang tunggu betul time isya', cecepat solat, terus ajak ayah dia gi tunggu dorang nak main. Tulah masa paling syok bila jadi bebudak, main bungapi reramai. Aku teringat zaman aku dulu, bulan posa tentu ada main bungapi dan mercun. Sekarang, aku tak bagi la anak aku main mercun, dorang dapat bungapi jer pun dorang dah happy.

Raya pertama pagi lepas solat raya, sumer kumpul nak bermaafan kat umah mak lagi. Ingat aku nak control macho, tak mo sesedih, but... bila pegang je tangan abah, mak and adik beradik dan ipar duai, ayaq mata mulalaaaa deraihnya mengalir, tatau kenapa, mungkin sebab kesyahduan raya la kot... huaaahhh! Aku memang tak tahan, even kanda pun tangkap leleh!

Pastu, tiba sessi amik gambo sekeluarga... Tah bila nak cuci, tataulaa!
Pastu, semua orang tinggalkan rumah pi balik kg memasing. Tinggal aku and family. Bosan la kanda and bebudak, tatau nak buat haper. Pada aku, hari ni la nak lepak-lepak, sambil makan-makan, minum-minum dan tido -tido.. gitu. Aku terdengar kanda dok ngeluh, tiga empat kali kebosanan. Dia ajak gi Pahang ari tu jugak.. NO way man, dah janji raya kedua, tunggu jer la... Jadi, stay jer la, walau aku tau, dia punyala bosan... layannnn!

Malam pulak ujan punya la lebat giler, bila berenti, kami kuar gi Summit square ngan ct and along. Makan kfc lepas nak tengok wayang sumer tiket abiss, even citer tamil pun sold out. Sakan yek?

Hari ni dah raya ke 4, esok aku nak buat open house... tah sapa la yang nak datang! Tak taulaa, kita tunggu dah lihat jer la yek?

Friday, October 20, 2006

Buka puasa satu pejabat

Hmm, this was yesterday's story. The place was at Sime Darby Convention Centre. The function is buka puasa done for all muslim staff.

Aku tengah sesedap perati nak pilih makanan, tetiba dia mai plak. Wuekkk, langsung aku rasa tak mo makan dah. Kenapa? Tatau... itulah feeling yang aku rasa bila terpandang dia. Nyampah bebeno... Mintak jauhkanlah aku dari dia Ya Allah...

Hilang semua semangat nak mencuba semua makanan...

Balik time, we got lost... semua tunjuk pandai esp si Zu! Cam dia jer betoi dan tau benar jalan, at last sesat. But, dia still blaming others for the mistake... sabar je la!!! Rimaaaaaaassss dengan muluuut diiaaaaaaaaaaaaaa tuuuuuuuuuuuu!

Rindu

20 October 2006

Aku rindu nak cuti dah. Aku rindu dok kat umah, tukar langsir baru and feeling-feeling ari raya. Aku rindu nak dengar lagu-lagu raya berkumandang berselang-seli dengan takbir raya. Aku rindu nak pakai baju raya, pakaikan baju raya untuk anak-anak aku tu... huaaahhhh. Rindu nak cium tangan kanda.. hmm, sejak bulan posa ni asik tinggalkan dia kat bilik air jer every time aku nak gi kerja, ye laa... aku takut lambat maa! So, jerit jer kat dia "kanda, saya pegi dulu ye!", gitu la semenjak bulan poso ni. Tak baik, kan??

Apa lagi? Hmm, rindu nak tunggu along and angah balik dengan kuarga mereka. Rindu nak tolong mak potong daging buat rendang. Rindu nak nganyam daun ketupat. Rindu nak beramah mesra ngan adik beradik. Huahhhhh, nak balikkkkkk!

Tuesday, October 17, 2006

Raya Spirit

7 hari lagi nak raya

Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Kini tiba Syawal menjelang

Lagu anuar & elina ni masih lagi berkumandang setiap kali nak raya. Aku tak hingat liriknya sumer, but lagu ni dirakam masa zaman aku kecik-kecik dululaa. Zaman nuar and elina tu sama ngan aku, so, aku rasa cam teruja bila sampai sekarang boleh hingat gelagat dua budak-budak tu kat pentas masa show raya dedulu.

Korang tentu ada kenangan manis hari raya kan? Pada aku, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling manis menyambut raya. Dulu-dulu nak makan sesedap, rayalah masanya. Ketupat, lemang, rendang ayam, daging, kuah kacang, lodeh, lontong (ada beza ker?), kek, kuih bahulu, kuih tart dan sebagainya. Sekarang ni, makanan ni sumer dah boleh dapat anytime kat pasar atau pasar malam. Tak syok dah. Bebudakpun tak looking forward nak makan benda-benda ni semua sebab dorang dah biasa. Entahlah, mungkin pada budak-budak sekarang, especially anak-anak aku, raya ni time dorang berkumpul sumer adik beradik dan collect duit raya je kot. In fact, itu dulupun misi kami jugak, but bab makanan tu dorang tak heran kan?

Cuba bayangkan lagi 20 taun or even 10 taun akan datang, cemana raya agaknya pada budak-budak?

Monday, October 16, 2006

Putuskan ikatan

I was dreaming, it was raining heavily outside. Wow.. satu kenikmatan yang tak mudah dilupakan. Tetiba henpon bebunyik. Amal amik bawak kat aku plak, haiyoo, potong stim. Tentu kena bangun kalo da jawap tipon.

AAR yang tipon, tanya my opinion on her nak putus ngan zombi. Aku kata it's up to her. Since pistiwer ari tuh, aku rasa tak payah sesusah berkawan ngan zombi tuh, nyusahkan hati dan perasaan jer. Bukan dia appreciate AAR pun as besfren, but lagi tambah tensen ader. I told her stret jer, to let go and don't look back. But this time it's AAR's decision and she figured out herself... i give opinion jer!

Syukur alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Jauhkan aku dari orang yang menyebabkan kengkawan aku berpecah belah!

Buka Puasa

Ini kisah ari Sabtu baru ni, 14 Oktober 2006

Petang about 2.30, aku dah mula sibuk. Sampai kat umah, kanda dah lepak tengok tv. Aku tanya dah vacuum ker rumah, dia buat-buat tanya plak, as if aku kena bitau buat apa, kenapa, bagaimana! Pandai kata malam sebelum tu, segan orang nak mai umah, bersepah, tapi buat-buat tak reti jer bab nak ngemas.

Lepas solat, akupun mulalah nyingsing lengan baju. Nak masak mi hailam spesel gitu.. Kanda plak, dengan selambanya, terus naik katil tido... huaaaahhhh, geramnya. Aku tanya, siapa nak tolong saya? Dia buat donno, terus tido gitu... boleh? Tapi tadik mintak memacam, aku kata nak buat mi hailam, dia soh buat mi kari, sesenang jer order, hiii!!

Dah ct and family nak mai, aku jemput la mak and abah sekali, since depa tak pernah buka tempat lain selain rumah depa. Si Id ngan zul plak, nampak gaya cam tak sudi, biarlah, org sibuk bercinta nak wat per aku ngacau? Aku nampak muka Am cam kemut-kemut bila aku ajak mak tapi tak ajak dia. Aku tau capacity umah aku tu. Cuma boleh muat abis-abis pun lagi 7, 8 orang jer. Relax laa, am pun dah balik for good from Lumut, so, banyak masa lagi sebelum raya that we can invite her plak. Petang tu, aku tengok Am sekeluarga keluar, nak buka di luar le gamaknya.

Hmmm.. sensitif sangat sekarang ni. Abis, dulu, even sekarang ni pun aku rasa dia memang rasa dia banyak power, order tu, ini dan memacam kerenah sampai kanda yang sabar pun buleh naik hangin beb!! Aku takmo give in sesenang lagi kat dia tu.. almost all the time pandang rendah jer kat kami.. memanglah kami miskin, tak setaraf ngan dia, but takbley la buat cam sesuka ati kat kami. Lecey laa.. Semenjak pistiwer tu, aku takmo lagi close ngat ngan dia... biarlah aku buat hal sendirik, asal hati aku tak sakit. Walaupun aku ala-ala brutal, akupun ada hati dan perasaan...

Eh, berbalik pada kisah buka tadik, bila dekat kol 7 tuh, ct and family pun sampai. Mak and abah pun mai at the same time. Abah siap bawak laksa sendiri dari umah and only requested a chili sauce to eat the laksa. Simple beno abah aku tu... sian dia, bulan posa ni, takde kerja dia! Ngadu gak kat aku, but aku selalu kata, relax la bah, mungkin Allah nak try abah, soh berehat, cuba buat posa penuh... Alhamdulillah, bila aku nasihat (ewah, nak nasihat abah konon!) dia bleh terima jugak. Aku kata duit tu boleh cari, but bulan Ramadhan datang setaun sekali jer. Aku selalu dengar abah citer tentang nenek ... sian abah, memacam dugaan dia tu.


ni gambo mi hailam kering, yang aku buat tu basah, lagi ummph!!

Saturday, October 14, 2006

Kain

Sabado (Spanish for Saturday)
14 October 2006

Lepas sahur, solat subuh, ngaji sikit, aku ingat nak continue tido sampai siang, but then i remembered, ari ni dah ajak ida and bofren dia mai buka posa at my place. Then teringat plak kat my best buddy, si ct Zen. Why don't i invite dia skali.. hmm, tentu meriah. Amik henpon, terus sms menjemput ct. I tink dia pun blum tido lagi since sahur like me gak! Dia blum ada plan yet, so she said okay.

Maka bermulalah perjalanan hari ini dengan mengemas rumah, melipat kain, membasuh kain, menggantung kain, menyidai kain dan sebagainya yang berkaitan ngan kain. Mana tak letih, perihal kain jer masuk 4 perkara, tu blum campur bab menggosok kain lagik... which falls into the other category of "kain", yang terpaksa seorang isteri buat, i mean whether you are a housewife or a working wife and mother. Aku dah fed up buat kerja umah, but aku redha, sebab kanda tak mampu nak provide orang gaji (kasar you!) bagi melicinkan hidup aku sekeluarga. So, bila aku senang, aku buat, bila rasa cam bosan, malas dan tulang bunyik-bunyik (cam Aziz Sattar dlm Ali Baba Bujang Lapuk), maka aku biarkan jer sampai ada mood balik....selalunya 1, 2 hari jer, aku sendirik tak tahan dah, bila tengok semua bertabur! Like no one cares..kat umah aku tuh, except me! Tu yang buat aku bengang dan mulalah nak jadi pensyarah nak bagi assignment, bebels laa, apa lagi!!


gambo kain batik ini tiada kaitan dengan kisah ini, cuma sungguh manis sekali.. selingan jerr!

Penat beb, mesti yuols setuju bahawa a working wife ni kena pandai bagi masa buat tu ini, kan? But, when it comes to penat, no one can beat the short "tido" once you feel like it, kan? Hmm, these days, aku bantai jer tido, pada aku that gives me some peace of mind and i wake up a fresher person, (if i feel like waking up laa). Selalunya, once dah lena, semua aku biar jee. Harap semua isi rumah paham yek?

Friday, October 13, 2006

Kiamat

13 oktober 2006 malam 22.16

Ameer bertanyakan aku pasal kiamat.
Bila aku terangkan, dia nangis tersedu-sedu, takut katanya.
Sian bila tengok dia gitu, dia sayangkan aku katanya... huahhh lagi la aku sedey.
Akupun nak nangis dibuatnya.
Tah apa dia terpikir dalam kepala dia tu.. sampai boleh tanya soklan gitu.
Dia janji jadi anak baik, dengar kata dan akan semayang bila aku kata supaya ameer sedia.
Dia tanya lagi, kalao dia buat semua tu, kiamat tak datang ker?
Aku kata, kiamat tetap datang, cuma tak tau bila..
Azmeer nangis lagi.. "Ameer taknak kiamat mi, sapa nak jaga ameer nanti?"..

Anak aku ni baru 4 tahun tapi dia rasa insaf bila aku explain pasal kiamat.
Dia ni suci bersih lagi, tapi macam dia rasa bersalah dan menyesal, tapi aku ni,
bilalah nak berubah? Kanda sebagai ayahpun sama, bila nak majukan diri dalam ilmu akhirat?

Ya Allah, bukakanlah hati insan-insan yang aku sayangi supaya sentiasa berusaha mendapatkan
keredhaanMu... aminnn!

Wednesday, October 11, 2006

Cartoon and me..


Which cartoon character am I?


You are Tweety.
You are cute, and everyone loves you. You are a best friend that
no one takes the chance of losing. You never hurt feelings and
seldom have your own feelings hurt. Life is a breeze. You are
witty, and calm most of the time. Just keep clear of back stabbers,
and you are worry-free.
Betui ker?
Aku jawap one quiz which i can't remember from whom, sent to my email, the topic as above, kira tolak campur jumlahnya, rupanya aku dikategorikan dalam golongan tweety... hmmm, jangan jeles!!
Walaupun aku takde ler secute tweety ni, non ado dekat langsung katanya... tapi aku suka sangat apa ditulis mengenai karaktor aku. Aku cuba sedaya upaya tak mengkecilkan ati orang-orang sekeliling aku dan cuba sepenuh hati juga untuk buat orang suka berkawan/bekerja ngan aku. Dan, aku memang bencik sesangat kaum yang menikam blakang, in fact, sesapapun kan? Keji dan hanjeng sangat orang itu, kan?

Tuesday, October 10, 2006

Pindah pejabat


10 Oktober 2006, Selasa

Coffee, anyone? Syukur.. ini bulan Ramadhan. In fact, dah 17 hari aku berpuasa. Bukan nak citer pasal kopi, but, nak citer pasal pejabat Tabung Haji kat chokit tu, dah pindah opis. Boleh ker? Itu la pejabat tabung feveret aku selama aku kerja key el nih. Huaaaahhhh!!

Nasib baik dia pindah pi kat Maju Junction which is about the same jarak dari chokit tuh kalo berjalan kaki. Hah... ni lah dia. Aku pepagi tadi mai opis, buat kerja tini sket.. (aku sampai the very the early ari nih... about 7.26am gitu), emailed the doc to Tini, then terus cabut gi tabung aji tu dengan harapan dapek kuarkan sikit ongkos buat bayar utang bank lain pulak. Sungguh murni betul khidmat tabung haji itu kepadaku... Walaupun tak menyumbang banyak, but still it gives me lots of pleasure sometimes... hik. But, this morning, selepas berlari-lari anak atau berjalan laju, aku sampai jugak di pejabat tabung itu. Sungguhlah dukacitanya bila aku mendapati ada signboard ngatakan "kami sudah berpindah ke bangunan TH Perdana, Maju Junction", mak, penatnya kakiku dan hancurnya hatiku ini...

Aku dengan muka duaposen tu terpaksa la pusing patah balik ke opis. Bukan takleh terus gi Maju Junction tu, tapi lebih baik aku simpan tenaga. Mungkin aku kena melawat tabung tu lunch nanti la gamaknya. At least adalah tempat lain aku bley pusing skali nanti, yahoooo!! Itu rahmat Allah juga rupanya. Alhamdulillah...

Berpeluh-peluh sampai kat opis balik, rasa cam buat exercise macam dulu sebelum posa jer. Ya Allah, semoga turun lagi la berat aku minggu ni... Amin!!

Sunday, October 08, 2006

Tersepit di situ


Jumaat, Ramadhan 13
Tersiksa betul aku.
Aku fikir bila dia dah pindah ke tempat lain (walaupun cuma jauh sikit), aku dah tenang. Syukur Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doaku!
Tapi rupanya bila dah tak nampak di mata, dia gunakan peluang untuk menjadi pengintip tak bergaji. Semua tu bertujuan untuk memporak perandakan persahabatan aku dengan kengkawan.
Garf, cubalah ko ubah cara hidupko tu.
Aku bukan nak mengungkit, but bila kenang-kenang, masa kao baru join, walaupun aku tak berapa berkenan cara kao view life and work, aku tetap tunjuk ajar kao, kerana pada aku kalao aku mengajar org lain benda yang aku tau, Allah akan anugerahkan aku lebih banyak ilmu.. insyallah, aku jadi lebih pandai. Terpulanglah cara apa ko guna untuk menambahbaikkan ilmu yang aku ajar tu. Aku tolong mana-mana yang perlu supaya dia senang buat kerja..
But, bila dia kata aku kedekut ilmu, akupun heran. Apa lagi nak diajarkan! Seingat aku ko memang manusia lembap tahap cipan. Memang kengkawan lain pun bengang dengan cara kao tu, bodoh sombong. Asyik-asyik comparing the firm with your previous firm. Dey, kalo da bagus ngat previous firm tu, naper lak ko mai sini?
Rupanya dia memang attitude problem.. tu yang kena cari kerja tempat lain. That's why dia takde kawan. Even kat sinipun takde sapa mao kawan ngan dia. Hati busuk, prasangka teruk, mulut... Astaghfirullah hal azim...habis pahala posa.
Aku kaki buli? Aku garang? Pushy? Takmo bagi kerjasama kat ko?
Pergi mampus lagi baik...
Gunakan orang lain untuk eksploitasikan aku, boleh? Burukkan nama aku, seswai?
Kao tentu paham kenapa aku boikot kao. Aku lebih rela jauhkan diri dari bergaul dgn kao. In fact, aku tak nyesal langsung buat gitu.. kerana aku tau.. my decision is right!!
Kesian N, kerana takmao melayan garf dan mengiyakan saja apa garf cakap, garf gunakan cara tu nak memecahbelahkan aku dgn AAR, aku dgn N dan AAR ngan zombie.
Aku sayang semua kawan-kawan aku, yang baru dan yang lama. Semua ada keistimewaan memasing. Semua unik dan perlu dihargai setiap satunya.
Dengan ini, aku berdoa semoga Allah tunjukkan pada garf bahawa apa dia buat tu salah, dan semoga dia cuba ubahlah cara hidup dia.. takde maknanya buat orang lebih bencik kat kao... aminnnn.

Sahabat baik

Ahad 8 Oktober 2006 @ 15 Ramadhan 1427 Hijriah

Ini kisah ari Jumaat tu...
Kalo ko ada sahabat baik, tentu ko dapat kongsi memacam perkara kan?
Sahabat baik tentunya orang yang lebih paham tentang dirikao kan?
Sahabat baik tentunya orang yang sentiasa memikirkan perkara-perkara yang baik saja untuk kao kan, sentiasa mahu
kao bahagia, gumbira dan sebagainya, kan?
Sahabat baik tentunya orang yang sanggup berkorban kerana sayangkan persahabatan kao itu kan?

Pada aku itulah maksud mempunyai sahabat baik...
Bukannya the other way round!
Ko jaga hati dia, tapi dia pedulik pun tidak apa ko rasa!
Ko takbley kawan ngan orang lain kerana ko tau sahabat baik ko tak approved, sebabnya, sifat jeles, takbley orang lain lebey.. dan
memacam sifat pelik aku perhatikan.. tapi dia buleh plak...
ko cuma boleh dengar dia torture hatikao bila dia beri opinion tentang benda yang ko suka yang dia tak setuju sesangat.. dan
dia takmo hormat perasaan kao...

aku tak paham bab itu... sampai bebila pun aku takkan paham cara ko melayan sahabat baik ko tu, really...
tapi aku redha kalao itu pilihan ko.
Siapalah aku untuk bagi judgment?

Friday, October 06, 2006

Things to do today

8.17am Friday

A casual day again, but i wear baju kurung since ada baju baru maa. Memang dah macam baju pinjam, besar gelebeh semacam jer. Takpe, baju kurung memang orang selalu buat gitu.. ye ker? Saja nak mensedapkan hati sendirik.

Let see.. what is my duty today? Need to do some bills paying for mak. Sian mak, kalo aku tak tolong dia bayarkan bill semua, harus bekalan air dan letrik dipotong. Akupun boleh biar jer orang tua tuh.. sepatutnya aku pi tanya every end of the month, nak bayar apa-apa ker, nak tolong apa ker, nak kirim benda ker dan sebagainya lagi.

Second, nak kena antar kad raya. Balas kad raya ustadz ngaji Amal.. itu kad raya pertama (by post) yang kami terima this year. Yang by hand, Amal dah terima 2, from sepupu belakang umah... hik. Amal siap buat sendiri kad raya tu.. dasat jugak kreativiti si bertuah tu. Aku ingat this year, nak antar kat mak dan abah, ayah mentuaku dan kakak iparku di Bukit Mendi, sapa lagi yek? Oh yes, my good frens, Ct Zen, Od, AAR and not forgetting si novelis fren, Mira.

Third, aku nak abiskan baca majalah. Hey, bukan senang nak carik time beb. Kerja punya time, only lunch je la boleh membaca, itupun tentu banyak halangan, dengan perasaan nak berjalan window shopping, survey itu hini... (hmmm, baju raya anak-anak bujang tak beli lagi!!), dan sebagainya. Hey, kalao kanda dapat bonus seperti dikatakan itu... tentu meriahlah hari raya ini tahun. Kelantan trip tu tah jadi ker tidak... itu kena discuss bebaik ngan kanda. Kalo ada rezki, tentu kanda tak tolak pi berjalan... hihii!

Selamat.. jeng jeng jeng
hari raya
kepada saudara serta saudari
setahun hanya sekali
merayakan hari yang mulia ini

jeng jeng jeng...

Tensen giler



1.34am Jumaat

What do you do if you can't sleep?

I would suggest you go surfing or blogging.

That's what i'm doing now!

Why can't i sleep? Can anyone answer this?

Tense, that's why!!

Tensen (loghat melayu) or bengang giler, rasa cam nak gi shopping, larikan diri dari masalah ni. Aku bengang bener kalao orang tak pedulikan perasaan orang lain. Nyampah, benci, meluat...

ya Allah, ampunilah hamba Mu ini....

Wednesday, October 04, 2006

Kacao dawun

Bengang betul bila orang tengah penuh ngan idea, dia mai kacao... habih lari sumer idea beta!

Semalam buka kat umah Ct Zen, sempena besday Aiman ke-9. Best makan, gantung periuk semalam. Syokla, bulan bulan posa ni ada orang wat party. Anak-anak akula yang paling seronok. Ct masak nasib beriani berlauk daging, makaroni goreng, ada berbagai jenis nugget, wantan and not forgetting the chocolate cake. Siap ada pop pop mercun! Suka aku sekejap, hik.

Seorang mak akan buat apa saja untuk lihat anaknya gembira, kan? Aku sendiri rasa cam nak belik kek jugak untuk ari jadi Amal nanti. Tataulah, kalao ada rezeki, why not, kan? 17 Oktober nanti dia pulak turn 9. Tapi badan .. Masya Allah! Takpe la nak, asal ko sihat, umi pun tak kisah. Amal aku perasan, semenjak aku sibuk menturunkan lemak, diapun sama conscious. Sesama amik part bila aku buat aerobik kat umah depan video si Pola Bedul tu. Sesama pi ikut jogging and not forgetting to participate in the swimming events with this adik, Ameer. Sayang dedua anak bujang aku nih...

Bulan-bulan posa ni jugak, company aku bagi balik awai 30 minit. Syokkan? Tak semua orang dapat kelepasan begitu. Bersyukur aku kerja kat sini. Walaupun gaji aku ciput, bak kata Lis, disetujui oleh Ain, tapi memacam ada kat sini yang tempat lain belum tentu ada! Bila balik awai, aku amik kesempatan untuk pergi menjemput Amal balik sekolah (sementelah aku dah bawak kereta ni) kemudian pi amik adik plak. Pusing pusing sakan tetiap hari. Semalam, punya la bengang. Aku tunggu punya tunggu kat sekolah, si Amal tak muncul-muncul. Sampai dah lengang, aku pi la balik assuming Amal tak nampak aku, which i think is not possible...
Aku balik terus sebab nak pi amik adik pulak, dah lambat... kasut sekolah Akmal takde pulak depan umah opah, lagi la aku panik, tapi aku terus jer jalan pi amik adik kat CLC. Sampai umah, rupanya si bertuah punya anak ni, tak sekolah rupanya hari tu..., alasannya dia pening. Okayla, but punya la geram. Siapla kao kena bebel ngan umi... at least tipon la aku bitau ko monteng sekolah, taulah aku nak adjustkan time... heeeei, geram, geram! Anak, cam tu lah.. buat mak dia rasa bodo kengkadang!

Jumpa lagi

4 October 2006

Semalam dah tak relief Od lagi, dia dah balik kerja dah. Semakin cun si Od sejak balik kerja lepas bersalin.
Lega beb, lepas ni balik at my place, i miss my place sesangat.

Hmm...

Wednesday, September 27, 2006

Mari beli kereta

Hai semua...
Raya ni takmo tukar kereta baru ker?
Selalunya orang tukar langsir baru, set kursi meja baru, baju baru termasuklah kereta baru..
Jadi, apa ditunggu lagi, pesanlah kereta anda sekarang!!

Aku tengah belajar cecara nak jual kereta. Nak kena tau cemana mengira interest untuk bank loan dan sebagainya. Macam-macam juga kisahnya yek.. Si zura pun takmo ajar aku detail. Cer bitau atau just give me a list of what i need to know, then aku carik sendirikla cara nak buatnya.
Susah beb, asik asik tanya. Pastu asik-asik kena bantai lagi dengan Zura. Best gak tau pasal kereta ni. Nanti bila komisen aku dah banyak (emmm.... ewah), aku sindrik mao tangkap lagi satu kereta. Amacam, logik tak?

Bayangkan... dia dah kurus, pastu dah banyak duit, pastu berenti kerja, bisnes sendirik, then pakai kereta besar dan baru. Hmmm!! Berangan beb, bagus... tak kena bayar!!

Tuesday, September 26, 2006

Turun lagi, yeh!!

This morning i weighed myself. Sudah turun 2kg lagi. Altogether suda turun 12 kg. Ayoyo, syoknya itu perasaan. Ye la, last week, aku timbang gak, but itu timbang sudah tarak gerak. Takkan stays kat situ jer. At last, this week, sudah gerak ke belakang. Syukur Alhamdullillah. Semoga Ramadhan memberkati aku dan niatku ni... amin!





Monday, September 25, 2006

Ramadhan datang lagi dengan keberkatannya


Kata ustadz kat tivi tu, samada ia dinanti atau tidak, ia tetap akan hadir membawa keberkatan kepada manusia yang mengambil kesempatan kemuliaannya itu.. Itulah Ramadhan al mubarak.

Hari ni 2 ramadhan. Aku cuba juga untuk mula awal ngaji supaya dapat khatam dalam bulan mulia nih. Ingat nak juga ikut kanda gi terawih. Dulu adik kecik, skang dah besar, akupun kena sesama carik keberkatan tarawih.

Malam tadi semua pegi except me. I tot banyak benda nak buat, nak basuh pinggan, nak gosok baju and some more aku blum makan nasik lepas solat maghrib, maka aku takyah la pi terawih, but, rasa rugi plak. Even adik pun pegi semalam. "Banyak rakaat, umi, ameer semayang!", komen Ameer. Moga setiap hari la dia akan ikut kanda pi masjid jemaah. Biar dia belajar.

Amal plak macam tak biasa jer posa. Lepas sahur, dia nak berak pun takut, takut batal. Ayoyo... ini tambi aaa, like every tawun pun mau kena brief baik-baik, kasi tau apa boleh, apa tarak boleh buat during posa time. Bila dekat-dekat buka posa plak, dia sudah tarak tahan. Merengek-rengek. Heei, menyampah plak aku.. sabar, sabar dan teruskan bersabar wahai hati. Budak tu mahukan lebih perhatian la tu! Pupuk dia, didik dia, berikan input baik pada dia. Tunjukkan contoh baik pada dia, barulah hidup dia berkat... gitu!!

This Ramadhan, aku ada big mission. Disamping mencari keredhaan melakukan ibadah puasa, I also need to loose 30kg or more. Aku nak nampak cantik pakai kebaya disamping bofren aku yang macho dan anak-anak yang already comel-comel belaka. Boleh?

Kalo sudah sampai itu matlamat, aku kena cari itu baju kebaya la. Baju raya sudah siap, but sumer baju kurung jer. This year, aku rasa cam nak try kebaya laa, bukan apa, just to satisfy myself jer, itupun kalo kanda belikan. Takmo sendiri beli, tarak thrill, hik!



Tersangkut pertama kali

Bunyinya macam tersangkut hati, jatuh cinta, tapi sebenarnya bukan daa..
Aku pertama kali sangkut kat traffic jam la tadi pagi kat jalan kuching. Bukannya kluar lambat, just 7.15am gak, but the road tatau pasal per, sangkut plak, so, pertama kali dalam sejarah hidup memandu keretaku, aku telah merasai sangkut sejam, more than sejam actually, untuk sampai opis. Tercalar rekod kedatangan aku dek satu hari ni, boleh? Sib baiklah boss-boss takde, hik.

Serik beb.. tah cemana orang yang bagi alasan jam hari-hari tu kan?

Esok kena kuar by 6.45am gituh!! Hear me out... 6.45am.

Friday, September 22, 2006

Jalan yang panjang

Selasa 12 Sept. 2006

Tatau kenapa hari tu i decided to ask kanda to send me to work. Maybe becoz i was hoping to reach office early. Then i reallized it has to be becoz i really missed him.

Once work is finished, i ran to catch the 55 metro bus. I know this bus is going to Selayang Mall and there were not so many people. So i rode till Warta Lama.

Dey, then only i decided to do this deed to myself, which is, why not i do my exercise by walking home from there. I did a very fast walk, almost a run for a smaller person like Ain, hik, but it was very fast. I can feel my leg muscles all being stretched to the maximum. This is not my first time walking from Warta Lama, but as i remembered, i only stopped at the schools there. This time i have said that i can walk straight home. It was almost 6.30pm when i reached CLC to pick up Ameer. He was glad to see me but was disappointed to know that he had to accompany me walking home. Well... you got to do what you need to do. So, i reached home around 6.40pm.

Letihnya... bagai nak rak. It was raining, but renyai-renyai jer. My mom was so happy as i told her about my walking journey.

She said "bagus laa, daripada ko pegi berenang tu, baik ko jalan camni. bukan saja exercise, ko buleh jimat duit lagi!!".

Mom, how i wish everybody have that attitude towards me... mak memang sporting!. Makpun tau betapa desparatenya aku nak kurus balik.. huwaaaaa!

Balik ke belakang, umah sendiri, letihnya lahai. Nak tercabut kaki semua. Boleh tak bayangkan?
Tak lalu nak buek apo dah. Tak bagus la, becoz terlalu jauh dan terlalu laju kot!

Esoknya gi kerja, macam nak mati menahan keperitan sakit pinggang dan lutut. Nasib baik aku dah amik anlene, kalo tak, lagi teruk la nak tido malam yek?

Anyway... i really sweat. Agaknya lemak tu still terbakar la even masa aku tido malam tuh.

Aku dah timbang masa kat klinik tadi (senak dada mai balik), but was frustrated to know that jarum tu tak ke belakangpun. It stays there. Salah la itu timbang! Cemanapun i still say it was a good exercise, but overdose.. hik.

Lepas ni aku takkan lepaskan peluang untuk berjalan-jalan lagi, but takyahla jejauh sangat. Kata lis, belum lumpuh lagi sistem kenderaan bas dan teksi kat sekitar situ!

Hmm... 2 hinggit naik bas sampai warta, then singgit lagi sampai CLC. Pastu jalan. Jumlah 3 hinggit, but masa beb, masa tu penting. Kalo teksi plak, jumlah jadi 6 hinggit... hmmm!
Baik aku drive je la.. Kaw tim ngan kanda bayar petrol tak gitu??

sayang kanda..

Tuesday, September 19, 2006

Berbicara



Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
Masjid yang anda binapun tentu kukuh dengan persefahaman..

Ungku Aziz kata...

Rajin Bekerja, Rajin Bercakap
BAGUS

Rajin Bekerja, Malas Bercakap
KENA BULI

Malas Bekerja, Malas Bercakap
TAK GUNA

Malas Bekerja, Suka Mengadu
LALAT HIJAU

Malas Bekerja, Selalu Ponteng
LEBIH BAIK BERHENTI

Malas Bekerja, Suka Termenung
LEBIH BAIK MATI

Rajin Bekerja, Rajin Mengadu
KAKI BODEK

Di manakah ANDA ?


-Prof. DiRaja Ungku Aziz

hmm... suka tak??

Keretaku...

santek ke pelik?
anda teringin?

kalo naik kreta gini, sensorang jer la, takde la nak bawak bebudak... tak seswai..kan??


Memanggil rinduku padamu..

Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Kerana langkah merapu tanpa dirimu
Oh kerana hati mati tanpa dirimu

Aku ingin menjadi sesuatu yang bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa aku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh hilangmu seakan-akan

Aku ingin menjadi sesuatu yang bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa kuselalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayang mu seakan-akan...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu..oohh
seperti udara yang ku hela
kau selalu... ada.. ohhh

Hanya dirimu yagn bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang dalam sepi

lebey kurang la... dari pendengaranku ini..

Bisa nangis aku ndengarin lagu ini.. syahdu bener deh... nusuk gitu!

Monday, September 18, 2006

Keluargaku berkumpul lagi...

Balik jog pagi tuh, kanda called katanya tak sampai lagi tren ayah. Kol 9.30am baru nak sampai kat KL Central. Hai.. ada gak kelemahan keretapi kita yek... 2 jam beb. Kanda kata, nak gi amik Abang brahim and Wati from Sham's house to bring to the station and together with ayah nanti they will lepak at our house.

My cucu, hmm, dah bercucu beb, si Ain, anak Wati tu just had an operation, jantung problem at IJN. Sian dia, but she's recovering and can only be released esok. So, hari ni kami semua kumpul nak pakat pi visit dia la kat IJN ni. So, kumpullah kat teratak comel aku semua ahli kuarga belah kanda. Wow, memang kecik umah aku, baru tambah 4,5 orang dewasa, dah jadi sempit giler...

Aku berhempas pulas la masak. Kanda kata Kak Zizah is on the way plak with another anak sedara and family dia. Wow, really great to have all the family in my house yang comel ni (how i wish i had a bigger house... (macam taman selayang sejati tu katanya!!).

Masak apa? Hmmm.. kanda request asam pedas again. Sedap beno la kot, sebab semalam da makan itu lauk, arinih, request yang sama jugak.. boleh? Hmm layannnnn. Ikan kembungpun, kembunglah, janji asam pedas katanya. You suka, i pun suka jer lah! Aku tengok, semua orang berselera makan. Bagus, tak membazir.. menambah semangat aku nak memasak lain kali, tak gitu?

Petang, semua gerak gi IJN. Ain dah okay. Dah makan memacam dah katanya. Sedangkan kat dada dia masih clear bekas bedah panjang melintang sampai ke perut, lobang sana sini bekas cucuk, dan baru umur 6 tawun, dia relax jer. Even kat leher pun ada plaster. Eeeei... ngeri. Moga Allah berikan dia dan keluarganya kekuatan menghadapi semua ni. Semoga dia cepat sembuh dan lead a normal child life. Tentu banyak dia miss masa dia sakit dari lahir dulu. Semoga Wati dan Eddy tabah hadapi semua dugaan Allah kepada mereka... huaaahhh, sedey beb.

Semua ni buat aku lebih sayang kat keluarga dan kesihatan yang Allah beri. Lebih menyemarakkan usaha aku untuk menurunkan berat badan.

Penat weh...

Ahad 17 Sept. 2006

Kanda smsed pepagi katanya ayah sampai from Perlis at 7.45am. So he might come home late. I told him i want to jog with the kids. Never before in my mind that i could ajak both abang and adik together for a jog, hik. So, off we went around the neighbourhood, jogging... me and my two sweet kids.

Amal and adik memang takley berjumpa.. always carik pasal one. Ayoyo, what do i do laa? Aku bagi makan telo kambing kat dedua orang ni baru tau! Ada la orang kata kalao nak bagi anak bebaik sesama mereka, bagi makan itu telo? Ada ka telo kambing untuk dijual, anyone..?

But... bila sampai kat Taman Selayang Sejati tuh.. awie, i always teringat kat u, bila mai sini, hik:

Sejati...
itu yang kau ucapkan
bila janji ku genggam
bawah pohon kemboja...
yang sekecil kita

Menanti..
di mahligai mainan
kita bina bersama
dari dahan yang rapuh..

Usia...

apa lagi yek? Alaa, lupa lirik la pulak, dulu itu lagu faveret, skang, da lupa lirik plak, matilaa kalo awie tau... peminat haper gini?

Eh, sudah lari tajuk daa... sebenarnya nak cerita kisah kat taman tu. Anak-anak aku memang anak-anak yagn baik... huaaaaaaah. Dorang kata, nak kumpul duit bebanyak, nak belikan umi rumah itu.
Allahuakbar, rasa cam nak nangis bila dorang cakap gitu... dedua plak tu!! Umi sungguh terharu... huaaaah lagi!!

Check out this photo kat our rumah idaman, lepas jogging ittiew, blakang siap ada playground lagik...



Saturday, September 16, 2006

Lari bersama anak



Sabtu, hari cuti 16 September 2006 17.41 petang waktu Malaysia

Petang cam ni baru bleh rehat sikit. Wah.. hari ni bermula dengan penuh aksi.. hik. Kejut adik ngan abang ajak gi jogging. Amal janji malam tadi nak hikut, tup tup, bila dah dikejut, takmo plak. Geramnyer, but si adik memang sentiasa nak ngikut, bagus, ada kawan. Sebenarnya aku segan giler nak lari-lari anak peluhkan badan. Sib baik ada bawak Ameer, takde la nampak ngat aku sorang.. hik, ada cover sikit, konon bawak anak jenjalan! 7.20pagi ramai orang tak bangun lagi. Rata-rata cuma budak sekolah pi kelas tambahan jer... lain-lain sumer blum bangun, boleh? Mentang-mentang ari cuti, takde nak bangun pagi? Tak seswai!

Kami dua beranak lari/jalan dekat 45 minit gak. Sampai basah peluh di t-shirt. Aku memang kuat berpeluh, tapi adik mantain jer. Nak ngadu penat dia risau lain kali umi takmo ajak dia dah, so dia diam-diam je la. Layannn jer. In fact, dia plak yang tunjuk nak pegi mana-mana pusing kat kawasan kejiranan tuh. Memang takde orang lain yang jogging pun. Matilaa... kami jer yang ada lari-lari gitu, katanya!

Sampai umah, nenek dah dok depan pagar. Dah lama beno katanya tak kuar rumah. Dia nak amik angin katanya. Mak tengah korek-korek tanah bunga. Kanda dah lama balik. Kata mak, lepas kami kuar jer, kandapun sampai. Dah lena bila aku masuk umah... sian kanda. Kerja JAGA laa katanya.. hik.

Akmal ajak gi swimming, tak merasa laa... umi dah penat giler beb. CT Zen pun sms tanya plan aritu nak shopping tingkap sesamapun aku tak jadi. Lain kali geng ekk?

Pastu, pi pasar sarapan, balik umah, tido jap, mandi, masak, makan, masak lagi (spesel ikan mayong masak asam pedas untuk kanda), layan kanda makan, then baru dapat menaip ini entry lepas baca blog afdlin, p-nut and mak andeh.

Aku letih......
Nak tido lagi..............

Malam nanti kena menari lagi ngan si pola sebab rasanya makan serunding daging si mas banyak tul....
Huaahaaahaaa....................

por favor!! p/s: aku sudah signed up nak belajar mandarin and arabic... wen shang hau, ana laak afham!!

Entri bergambar betul

Anak-anak yang umi sayangi
Akmal dongan aksi takdo pinggang, all the time
asik baring yo bilo tengok tv, lotih la konon...



Ado orang kato muko dio ni ado ighas-ighas muko den.
Ado ko?
Hmmm, mood baik... posing sonyum di bulan April dulu!


mmmuaahhhhhh
duo yo ....

Banyak Kereta (Cars)

Tak perlu tunggu kereta anda jadi begini untuk menukar ke kereta baru...

ingin memiliki kereta sexy begini?

taipkan nama kereta pilihan anda dan hantarkan ke nombor 33993

kami sedia membekalkan anda dengan kereta pilihan anda, selagi stok masih ada!

...................................................................

....ini kes boring giler, tatau mau tulih mende, but still nak tulih.. apa kes?

.....................................................................

kuang kuang kuang

but...

kalo korang really nak tukar kereta, aku boleh bagi baik punya price, ada 3 jenama kereta jer aku boleh recommend, perodua, proton and toyota. jadi apa tunggu lagi? Dail ini nombor (hp 017-632-3050) dan buatlah tempahan kereta anda!

Friday, September 15, 2006

Hidup harus tabah

Semalam aku jumpa Doris. Memang dah nampak benar kurus, muka yang dulu bulat, skang dah nampak kecik sket. Aku memang tau dia amik product magic cam aku juga, tapi katanya dia ikut semua peraturan yang ada. Memang berkesan la ini product. Aku suka, aku suka... Rupanya ramai lagi pengikut-pengikut dia kat opis tu. Tapi kata Doris, tak semua orang boleh dapat result yang sama dalam tempoh yang sama! Part tu aku setuju sangat. Aku ada lebih kurang 30 kg weh nak turun... tapi takpe, bak kata maeran, don't stop. Do at your own pace. Wow...thanks mate, kita sesama gi berenang dan senamrobik ngan si pola bedul, tentu kita cepat kurus. Hmmm..

Aku ada pasang niat daa, kalo aku dah sampai ke berat idaman tu, aku cadang nak buat sedekah kenduri doa selamat. Amacam geng? You all rasa i boley pegi tak sampai ke situ? Hmm...mmm, lagi katanya. Doakan yek... Aku sendiri akan terus berusaha menurunkan bilangan lemak di sana sini di badan ini.

Oprah Winfrey, eat your heart out!!!!

Aku takde personal trainer, but i do get very good support especially from my loving kanda, my two sweethearts (Amal and Ameer who are always willing to spend their time, assist me when i do aerobics (on and pausing the tape!!), layan umi bila umi rasa cam nak gi taman main badminton), my mom who always compliment my getting slimmer body (lepas ni nak mintak tolong mak mengkecikkan bebaju tu sumua, auww!!), ati, lis, id and N and not forgeting my Upline(??), Maeran. Tengkiu de beri mac gang!!

As i mature


Nak tau?

I've learned that i cannot make someone love me,
all i can do is stalk them and hope they panic and give in.
I've learned that no matter how i care, some people are just assholes.
I've learned that i shouldn't compare myself to others,
they are more screwed up than i think... hik!

amacam, betui dak?

wantanamera...

Apa sudah jadi?

Nyonya ni kerek bener laa!
Ko hingat pasal ko super duper senior ko boleh wat sesuka hati ko?
Boleh blah... lunch nyer time pun nak kecoh... apa raa!
Akupun tau maa, apa boleh apa tak boleh!
Akupun sorang yang bertanggungjawab... ish, nyampah.
Bila ko nak berenti, i mean bersara terus dari dunia perfileman eh, dunia peropisan nih?
Aku harap cepatlaaa... hik, matila, larikkkk!

Wednesday, September 13, 2006

Mari berenang-renang



Masa aku nak tulih ni, masa dah kol 7.24pm. Baru masuk waktu Maghrib, (pekejadah buat entri tetengah azan?). Aku, Amal and Ameer sebenarnya tengah tunggu maghrib, sementara Amal siapkan homework dia, solat then kami nak trus pi swimming kat sri siantan.

Aku sampai umah cepat ngan kanda, blum 6pm dah mula masak ala kadar. Kanda dah pegi kerja since 6.20 tadik. Sebabnya, aku da berjanji dari last week ngan bebudak ni, maka akupun buat kerahan tenaga la jugak. Tomyam dah ready, balik swimming nanti tentu dorang lapar giler, so senang sket kerja aku bagi makan, lepas makan, dah letih, lena cepatla hendaknya.

Kanda kerja malam ni aku bolehla carik aktiviti berpeluh kat kolam tuh ngan bebudak. Ayo yo amma, letih la nak melayan kerenah dorang kat sana nanti.. takpe, layannn!! Dedekat kol 9 malam nanti, kami baliklaa, baru syok, teruih tidoq no??

Superman berlari nak selamatkan dunia..hik.. aku?


Semalam yang berlalu

Nak update semalam, tapi sibukkkk sesangat, tah apa-apapun yang kubuat, tatau lah..

Bila nak balik tempat sendiri ni? Lagi 3 minggu daa, Od balik kerja, aku akan kembali ke kawasan ku itu. How i miss my place. Eh, talking about missing nih, rasa betul kerinduan pada si Od. Semalam aku dah call dia, riang beno bunyiknya.. apa ke tidaknya.. berehat-rehat dari dunia opis dan politiknya.. hik. Asik tengok tv, back to back katanya. Wah.. rasa cam nak beranak jugak laa, tapi...

Semalam jugak aku pi kerja dengan kanda, naik moto. Memang aku dah rasa kecik sikit beb! Apa taknya, dah turun lagi 2kg, jadi altogether dah 10kg aku turun. Wow... eat your heart out Maeran! Aku harap aku akan terus bersemangat untuk turunkan badan melalui exercises.

Petang semalam kanda called. Kena balik sendirik la katanya.. dia dipanggil duty awal. Aku rasa cam nak nangis, bencik ngingatkan kena naik bas lagik. Tapi nak wat cemana, dah kena balik jugak... Nasib baik kanda amik Ameer siap-siap sebelum dia nak pi kerja. So, bus metro 43 la jadi pilihan aku.

Eh, ada aku tulih pasal last weekend tak? Last weekend best... memacam happened. Maybe after this entry kot!

Lepas makan dinner lite lite.. bak kata fiebie, akupun bitau anak-anak supaya carik itu vcd pola bedul, boleh kita erobik sesama. Dorang punya la excited. Amal baru lepas abis makanpun sibuk nak join aku. Takut muntah jer kang. Bukan senang nak ikut itu step dance... wahhhhh!! Lepas 4, 5 kali buat, baru boleh hikut maa. Itupun sebab aku cepat pick-up (chewah perasan), kalo tidak, maunya goyang-goyang badan je la jawapnya, kuang-kuang!!Aku selalu kata pada diri sendiri, itu video pasal aerobik tak tentu betul, sebab itu rakaman, tah berapa kali rakam baru masuk the real one, kan? Makanya aku rasa itu dapat tenangkan hati aku... hik! Jadi, keep on doing it, don't stop and say thank you to your body for working so hard... gitu! Hey, I managed the whole 45 minutes non-stop, i hepi beb. Semoga Allah perkuatkan semangat aku nak menjadi lebih sihat dan kurus!



Monday, September 11, 2006

Pengalaman baru


Isnin 11 September 2006 8:12pagi waktu Malaysia

Acik just arrived. Another driving day. Wah.. rasa cam asyik ngan memandu kan? Kalo dihitung dengan jari tentu dah lebih 10 kali acik drive to work.. hik! Dulu ngingatkan ketakutan itu.. waduh, biarlah dia menjadi kenangan pahit dalam hidup acik yang baru menguntum wangi ini.. chewahhhh!!

Semenjak dah bawak keta, kandapun dah approved, aku kena belajar berbagai perkara berkenaan ngan kenderaan itu. Kanda siap soh aku amik tau hal-hal nak tukar tayar.. hik! Dah dua kali dia explain kat in therorynya. Sayang kanda. Dia nak turunkan semua ilmu pemandu professionalnya kat aku. Aku suka, aku suka... larikkkk!! Eh tukar color font laa, nanti cam perasaan marah lak warna merah ni, sebenarnya aku hepi ni, kita tukar color yek?

Lis da mai, nak breakfast sesama. Actually, aku ada manyak lagi nak tulih, but since aku blum bekfast, and it's not good to start your day without bekfast (carik alasan?), aku rasa better continue later, k? Udahlah ari ni lupa nak minum air magic tu.. huaaahh!

Thursday, September 07, 2006

Catatan malam jumaat

23:21 khamis

Kanda dah lena kot, takde bunyi tv dah kat bilik sebelah tu. Amal and Ameer pun dah lama mimpi sebab rasa sunyi beno except for the sound of the keyboard while i'm typing and the sound of the fan.

Gambo taman landskap ni acik amik dari suratkabo.
Best la kalo umah acik ada hijau-hijau cam ni. ada bunyik air lagi.. syahdu kalo dok tengok waktu pepagi hening, kan? I used to tanam-tanam pokok bunga kat depan umah ni. Teringat kat komen liza adik iparku... umah kak ni semua pokok ijau je ker? Takde yang berbunga pun... Wah, baik punyer komen! Abis tu.. dah aku memang minat suasana ijau, damai gitu...katanya..Sebenonya bunga-bunga sumer cam tak serasi ngan acik la, tatau la, mungkin tangan acik ni tak sesejuk air mata ibu, eh, tangan ibu acik! Sumer mende pokok emak acik tanam, menjadik jer. .. sayang mak, mmuahh! Taman acik takde pokok bunga takpe la, but pokok-pokok tu semua ada berbagai kaler daun, you know? Liza tara tanam satu apa pokokpun, lagi mau komen... layannnn!
Keji tak aku kata gitu? Tapi dalam hati juga ada kata.. takut perang pulak, kuang kuang!
Anyway, the reason i write about the landscap ni (alamak, sudah lari jawuuuh laa) is becoz i tot of doing some changes at my own laman ijau itu! Nak buat cemana tula yang tengah carik idea nih! Mesti ada yang kata cuba tengok majalah landskap ker, apa tuh... laman idaman, tatau la nama itu majalah... tapi acik rasa itu bagus juga untuk meng"keluar"kan peluh, sementelah acik memang kuat benor berpeluh.. (sejak azali ker, tak hingat lagi dah).
Nanti bila dah umah mengubah, kita cuba letak itu gambar kat blog ini. Cemana yek... tengoklaa nanti cemana, itu project ujung minggu ni, amacam? Layannnn..

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...