Monday, December 29, 2008

Cuti lama benau

Sebelum cuti, sibuk ngat nak cuti.
Tapi, bila dah cuti, baru 2 hari je, dah bengong aku, tatau nak buat mende.
Wang takde nak bersuka ria, ada cukup2 je, so, cutipun just nak siapkan anak2 masuk sekolah je nanti.

Am gi Tambun and few places kat Lumut.
Acu plak gi Melaka, pengkalan balak and PD.
Aku kat umah je, walau cuti aku lebih dari 2 minggu nih, sampai 5hb satu nanti.


Mungkin semua ni ada hikmahnya.. mak tak sihat rupanya.
Since aku mula cuti tu lagi dia dah demam, tak larat bangun, tak selera makan, muntah2.
Abah gelabah la. Sib baik aku ada, dapat gak aku tengok2kan mak sikit2. Nak bawak gi klinik dia tak mau. Makan ubat je la layankan dia. Sian betul, tak lalu makan, even bubur pun. Mana tak lembik (lemah) badan?

Hari ni tadi cuti maal hijrah, esok, lusa tulat, tunggin aku still cuti. Pekejadah aku nak buat ye?
Beli buku sekolah, pastu?


Aduhai la bosannya..
Sib baik dah boleh bertenet.. heheh.. baru amik maxis punya pekej. Laju amek wak!

Tuesday, December 23, 2008

Sambal tumis kering cili api dengan ikan bilis

Semalam tak gi gym, takde geng. Ati cuti, siti plak, malas. Dah aku nak gi sensorang tu, tak selera nak exercise, maka aku terus belah sebelum kol 5.30 lagi.

Sampai umah, Amal tak nampak muka, tatau mana dia pegi main. Ameer plak berlari2 anak bila nampak kereta aku masuk. Berpeluh2 giler, main tak hengat diri ngan Didip and kawan baru dari umah sewa tengah tu.

Singgah umah mak. Mak pelawa makan nasi goreng. Tak tolak de, rindu kat mak & masakan dia. Borak2 sambil makan dan bagi mak duit belanja dan duit umah.
Mak bitau dia teringin nak makan KFC and tanya kalu2 aku nak kuar, bley tolong belikan untuk dia. Sian dia, mengidam ayam goreng kau!! Aku tak kuar, so tak dapatlah dia makan. Lagipun kanda balik lewat. Maybe malam nanti aku boleh belikan.

Bila balik umah, punyalah... tongkang pecahpun lagi kemas, tau! Tenshen la kalu gini. Nak je aku hire sorang bibik nak mintak tolong kemaskan umah setiap hari. Tak larat aku. Tapi, aku sedar diri, tara mampu juga. Hari2 bersepah, tatau dorang berdua ni buat apa kat rumah. Dah kemas belah depan & tengah, kemas pulak dapur. Punyalah penat, ye la, dah sehari bekerja, balik umah kena kemas pulak. Aku ni bukanlah suka ngan mengemas, aku lebih suka gi bernyanyi2, berlari2 anak atas treadmill atau main ping pong dari berkemas. Heheh.. sapa yang suka, kan, penat!

Kanda balik, tengok aku baru siap berkemas, dia kata nak makan. Aku kata tak larat nak masak, letih. Dia kata biar dia masak. Mmmm… leceyla kalu dia masak, takde lain de, mesti sardine je la. Muak aku. Biarlah aku masak. Penat2 tu, dapat jugak aku masak lauk su'un & pucuk rebus ngan telur pecah and sambal tumis kering cili api ikan bilis, feveret kanda. Amal yg kata kenyang tadinya, tiba2 je lapau and abis 2 pinggan sebabkan kuah su'un tu. Hmmm....

Cedera perut aku makan sambal cili api berapi tuh. Sebelum tido tadi malam dah ke tandas dulu. Pagi ni sekali lagi. Power tak power itu sambal?? He heh…. Tak dapat bawak gi opis sebab dah takde bekas lagi, semua tinggal kat opis, boleh?

Hari ni lunch nak makan apa? Nanti aku kena gi survey la nampaknya!!

Monday, December 22, 2008

Takde air nak mandi...

Bayangkan, lepas bangun tido, pisat2 nih.. kanda bitau.. "air takde!"

Alamak, how to go to work?
Nak cuti, EL? Nak MC?
Takbley, kena keje gak.


Maka aku usahakanlah 2 botol air mineral besau tu, kasi cukup2 gak buat gosok gigi and mandi..
Janji mandi, kan?




Wednesday, December 17, 2008

Wajah2 kesayangan hamba..

3 beranak ni memang hensem, kan?







Mintak mahap pb sebab kita tiru tajuk entry pb.

Memang bagi idea kat saya nak buat entry bergambar pasal wajah2 ini!





Takde mood

Hari ni datang keje dengan harapan nak gi training dengan bersungguh2.








Mai opis awai sket. Nak bersedialah kononnya since training starts at 9 am. Tetiba, eh, tanya Bav, katanya petanglah, kol 2.30pm... langsung ilang minat nak buat keje. Habih semua energy...





So, aku decided nak surf the net saje sambil2 baca email.





Takmo buat keje! Tunggu 2.30pm baru gi training.








Kejam tak?

Tuesday, December 16, 2008

Project

Last week aku ada project ngan kengkawan.
Hopefully this project will be a success.


Aku tak sabar nak tunggu outcome of it!

Friday, December 12, 2008

Cindy Vortex



Actually aku bagi nama dia Cindy Crawford, macam model dulu2 tuh, yang cantik muka dia, ada tahi lalat kat tepi bibir tu, sikit itam manis. Dia ni, sangatlah manja. Aku jumpa kat tepi jalan, near to my parking lot depan opis aku kat 1 Sentral nih. Merayu2 soh amik dia. Oleh kerana aku ni suka dan selalu kesiankan binatang, maka aku terpanggil nak amik dia. Comel ko! Pastu Ati plak galakkan aku soh amik, maka akupun bawaklah dia gi opis. Maka bermulalah perjalanan idup Cindy Vortex.

Anak2 aku lebih suka Cindy Vortex, macam nama watak kawan Jimmy Neutron, kat tivi semilan tu. So, aku layannn je la, kan. Lagipun aku dah amanahkan ke anak2 bujang aku menjagakan Cindy nih.

Semalam, jumpa Cindy tu pagi, masa nak gi keje, tentulah aku kena bawak dia gi opis dulu. Kalu aku tak amik, takut pulak dia dilanggar kereta ke, kena culik ke hapa, kan? Maka, akupun mula2 terpikir nak pass kat Ahin since dia kata anak2 kucing dia semua mati recently. Sian dia, maybe dia boleh amik Cindy, tapi rupanya dia tak dapat nak jaga/tambah kucing lagi. So, nekad je la aku bawak balik petang nanti. Puaslah aku, Ahin and Bav main dulu ngan si Cindy sambil buat keje, buleh? Dialah kucing pertama yg masuk dalam opis ni, maka jadilah sejarah, kan?

Ini rupa dia..


Dah berpuluh tahun aku tak bela kucing, kekok gak. Selama ni kami selalu tumpu kat hamster, je kan? Hamsterpun dah ada 38 ekor kau. Betapa berjayanya ternakan hamsterku ituh!

Kanda plak, macam okay je, tak kata apa2, malah kanda siap belikan sangkar dan segala yang berkaitan dengan pembelaan Cindy pada malam itu jugak. Rupanya kandapun sama gak macam aku, prinsip kami, bila nak buat sesuatu, buatlah dengan sepenuh hati. Semoga Cindy dapat hidup dengan gumbira dengan kami sekeluarga!!

Friday, December 05, 2008

Sedap

Tadi lunch kitorang makan beriyani ayam ramai2 kat Kabul. Sempena apa? Yes, esok besday Bav, but since esok cuti, maka kita buat advance celebration gitu!



Best sangat.





Oleh sebab itu, aku jadi ngantuk giler nih.. Rasa nak letak kepala atas tangan atas meja and sleep.





Pesan kat Bav to wake me up at 5.30 when it's time to go.







Buleh ke??

Thursday, December 04, 2008

Hangin satu badan dia...

Ada seorang hamba Allah ni. Dah lama dah aku nak tulis pasal dia, tapi tak berkesempatan sokmo.

Dia ni dah agak berumur la, kira senior citizen la jugak, rambut dah penuh ngan uban. Keje pun kira dah lebih dari 15 taun ke hapa, tataulah bab history keje dia, but since aku join, dia dah memang taiko kat opis nih.

Dia ni tak bley kita tanya. Kita buat2 sendiri taupun tak bley jugak. Nanti kena serang jugak ngan mulut laser dia tu. Orang tegur kata laki dia hensempun dia marah, kata buruk tataula cemana pulak. Meroyanlah seminggu dua nanti tu. Orang tegur dia mesra ngan boss diapun dia hangin jugak. Orang nak tanya schedule boss dia, lagilah, kalu salah angin, matilah makan hati kena ngan dia nih.

Pada dia, semua orang ni nak nyusahkan dia je. Semua orang tatau buat keje, semua kena tanya dia. Salah nomborpun tak buleh, jganlah ko sesekali tersalah no ext. cari orang lain, kenalah ko maki hamun dia tu, kira macam kita ni tatau refer database la, kan? Dia je yg perfecto nyer.

Kalu nak bersedekah ke dia, tak usahlah bitau in advance, sebab dia akan kata, dia tak payahlah susah2 bagi dia, dia tak amik sedekah orang, tak suka makan benda tu, selalu makan benda lain, kira begitulah lebih kurang. Kalu ikut baiknyer, apa salah ko amik je, then, ko sedekahlah pulak ke orang lain, kan? Takdelah kecik ati orang yg nak bersedekah tu.

Orang selalu tanya ngan aku, dia tu memang begitu, ke? Jawapan aku, ye, memang begitu. Aku selalu kena. Kita beria-ia citer benda serius ngan dia, melibatkan idup & mati lah macamnya, alih2 dia respon ngan bahsa2 katun yg langsunglah tak relevennya ngan citer kita tuh. Sakit ati tak? Boleh sentap jantung tau!! Selalunya begitulah, aku buat bodo je, kengkadang aku bagi balik, kelat jugak muka dia.. entahlah. Bak kata orang, jangan silap sket. Dia pulak, kalu silap tak ngapa?

Budak2 baru join, jangan harap nak dapat tunjuk ajar dari dia. Sebab dia ni bukannya tempat bertanya. Jangan mintak apa2 stationery dari dia, sebab dia bukan stationery dept. Jangan sesekali, okay?

Apa ke yang buat dia seronok? Entahlah, tak ingat plak aku.. Oh ye, ada sekali tu, dia terjumpa kesalahan seorang staff ni, punyalah dia suka nak tunjuk kat org2 lain termasuklah kepada boss dia. Memang dia enjoy benar masa tuh!

Satu lagi kalu dapat present, tataulah katagory apapun hadiah tu, tentu dia akan bercerita dengan seronoknya dapat itu, dapat ini. Kecoh gaklah kawasan kejiranan dia masa tu.

Nasihat aku pada dia?
Eh, wat apa nak nasihat, takde makna.. dia tau semua dah, dia kan lagi senior dari aku, tak perlu nasihat2 nih. Org sumua takkan paham apa yg dia alami, gitu lah lebih kurangnya..

Tuesday, December 02, 2008

Penyakit m

Semalam malas nak gi gym. Hari ni pun sama. Dah bitau Ati about this. Sian Ati, kena melayan aku yg berpenyakit “m” ini. Nak tak nak, kenalah dia pi sendiri ke gym tu, naik monorel je.. Ahh.. what to do?
Entah kenapa hormon “m” itu telah menguasai diriku yang lemah ini.


Kejap lagi dah nak kol 12, means lunch, but, aku tak de bekal, maka kena beli.
Perut ni bukan buleh lapau, semacam nanti diprogramkan kat benak aku. Maka tak dapatlah benak aku ni nyampaikan mesej ke otak bahawa everything is okay to go ahead with work.. meragam la kepala aku pulak lepas tu.


Hari ni nak makan apa ye?

Sushi pun best. Ahin tentu suka. Jommmmmm!!

Monday, November 24, 2008

Sabtu punya aktiviti

Bangun lambat, eh, cuti kan.. watper nak bangun cecepat? Kanda keje, but diapun kuar lewat, aroud 9.30 gituh.


Then teringat plak, aku janji nak gi gym sebab minggu ni baru sekali gi gym.
And i also promised the boys that i will be bringing them with me.



Aku tak bitaulah ada karaoke session lepas tu, saja surprisekan budak2 tu.




Siti called kata kawan dia datang and breakfast ngan dia. Then she said the friend will be joining her at the gym and afterwards at the redbox jugak. Tak kisah la kan, as long as she can get along with me and the boys, aku okay je.



Lepas siap2 mandi, aku tengok anak2 aku dah merengsa kat luar. Dorang tak boleh naik kat tempat exercise becos that's the policy, so, dorang just main kerem and darts kat lobby je. Sian plak! Well, ini bukannya taman permainan, kan?



Amal & Ameer tekejut bila Siti tanya dorang nak pegi karaoke tak. Iyelah, memang aku tak bitaupun, kan?


Kami tumpang kereta kawan Siti gi ke Sogo and then stret to Redbox.
Seronok dapat melalak tak hingat diri kau. Even Amal and Ameerpun dapat peluang nyanyi lagu "Aspalela". Kira okaylah, walaupun dorang lebih suka gi tempat games kat sebelah tu aje.



Balik dari redbox, kami stret to makyang's house, since ada banyak masa before 3.15pm. Aku janji ngan makyang, nak gi swimming kat Siantan, but, i have to go to her house first. Then, we all kuar reramai mandi manda kolam renang awam tu!



Kalau hari tak hujan, kami still tak berenti la kot berenang lagi. But ditakdirkan, hari hujan, maka kami terpaksa angkat beg balik. Ajak makyang gi umah opah. Makan kuih and kopok leko aku beli dari simpang tiga tu.



Rupanya kandapun dah balik, diapun beli kuih jugak.
Penatnya badan. Join kanda tido until petang.



Malam kanda dapat call dari abg berahim kata semah dah nak balik from Sabah. Dia ajak gi lepak umah sham sementara tunggu semah sampai. Ada kek besday si Ilya, so we had a party laa. When Semah sampai, berbagai dibawaknya. Even some gelang kristal nak buat jual. Aku cecepat amik satu, santekkkk sangat pada mata aku.


Hari Sabtu tu berakhir dengan sangat berjaya sekali.

Esoknya, pak andak kasim dr perlis akan datang pulak...
Satu hari yang padat tentunya!

Friday, November 21, 2008

Ketul

Bila aku tengok je kat cermin, aku jadi malu.

Pada halnya sebulan je tak gi gym, sebab bulan puasa hari tu, kan?
Lepas tu aku dah mula pegi lagi. Kenapa lemak tu tepu benau?



Benci bangat nih...

Thursday, November 20, 2008

Gold miner game.. alangkah bagus kalau aku keje menggali emas semudah itu?

Lama tak menulis kat sini?


Kenapa ek? Maybe seronok sangat membaca kat blog orang lain hingga rasa tak perlu nak hapdet blog sendirik.



Sebenarnya takyah hapdet pun takper. Takde apa2 menarikpun berlaku.
Just to write for the sake of “dah lama tak menulis” gitu.



Bukan la, sebenarnya aku memang rindu sangat nak menulis. Semenjak kat umah takde internet nih, aku rasa cam kekurangan je. Bila on je lappy, aku trus carik emas bersama anak2. Tak hingat apa nama games tu, but macam gold miner tu la. Kenapa aku tak hingat?? Some times, kanda pun join. Syiok beb… heheh.. mengadap game ni sampai ke tengah malam tu, al maklumlah sekarang tengah cuti sekolah. Budak2 takyah tido cecepat, sebab takyah bangun cepat… Teruk, kan?


Aku akan on kan internet tak lama lagi. Dah signed up and dah adapun the sim card for selkom brodben, tapi katanya off line till 25hb. Kenalah tunggu activation selepas tu.
Payah beb, takde line, maka susahlah nak baca puas2 blog2 feveret nih. Lagi2 sekarang ada macam satu perang kat dalam blog2 yang ahin recommendkan kat aku. Seronok membaca.. and memang betoi la orang kata, kalau orang mengutuk mengeji orang lain, kita yang membaca selalu rasa seronok membacanya.. at least I am.


Kalu la sekali kutuk, kita dapat doposen, tentu dah banyak kita dapat, kan?

Friday, November 14, 2008

Cari duit cara mudah

I've found the way, but haven't tried yet. Still belajau lagi nih.

So, sesapa interested, meh la kita sesama merealisasikan impian kita kat sini:


http://www.wangmatrix.net/index.php?ref=umiameer

or

http://preview.tinyurl.com/5f5f65

Wednesday, November 05, 2008

Berapa punya bosan daa...

Hari ni entah hari ke berapa aku datang ke opis tapi aku hampir takde langsung keje.
Kalu adapun, bila aku dah buat, then aku bosan lagi.
Kalu dapat, dan tak melanggar adat tatasusila bekerja, mau je aku siap2 amik hembeg sumer, balik umah.

Ameer tentu suka kalu aku balik awal. Kurang2, diajaknya aku tengok citer kartun kegemaran dia kat tv9 tu, kan?

Pastu kami main ngan hamster sesame, sambil tunggu Akmal balik dari sekolah. Aku akan kuarkan ikan, ayam, udang or sotong dari freezer and letak kat sinki. Pikir pulak, nak masak apa hari ni?

Anak2 aku paling senang bab makan. Yang penting nasi dah masak. Kalu tiba2 rasa malassssss sangat, maka aku gorengkan je telur. Amal suka telo dadar, Ameer plak lebih gemar telur mata kebau. Aku nak makan nanti, mana2 pun boleh, kira layannnn. Sekali-sekala makan nasik pepanas ngan telur taruh sos, sedapppp jer.. hmmm.

Dah siap makan, nak ajak Adik tido. Mesti syiok tido petang petang lepas makan, kan?
Amal dah pegi ngaji, tentu sunyi dan syahdu!! Rumah aku plak, kalu siang, sejukkkk je suasananya, but bila malam menjelang, dia jadik paneh ya amat.. Kangkadang rasa cam nak tido kat depan sliding door, biar kena angin malam je… Eeei, membahaya, kan?

Kalu tak tido.. aku nak tengok DVD yg pinjam dari Masrin last week. Banyak lagi tu, ada citer longkong 2, ada Bangkok Dangerous and berbagai lagi. Tentu syok, lepas satu citer ke satu citer lain.

Anak-anak yang sedang membesar











Aku suka peluk adik (Ameer), sebab dia yg kecik walaupun dah 6 taun. Abang dia (Amal) selalu jeles.. selalu kata.. "kenapa umi tak peluk Amal?"







I said to him.. "Amal bukan kecik lagi, bau baby pun takde dah.. tapi masa dulu, sebelum adik ada, umi dah puas dah, peluk cium Amal, kan, ingat tak?"..







Dia sengih je..




Mungkin dia masih perlukan pelukan or ciuman dari mak dia, kan?








Tuesday, November 04, 2008

Kepala lutut kau..

Aku sakit lutut semalam.. tapi aku malesss sangat nak gi klinik, so aku amik EL je.

Eh, suka ati aku la kan?? Nanti tolakpun, cuti aku.. pedulik haper ko?





Dok kat umah, main ngan Ameer, letih. Diapun tak gi tadika, sebab tak larat, katanya. Abis, satu kg dia berlari-lari anak hari Ahad tu, cemana tak letih? Heheh..





Hari Sabtu, tak kuar rumah langsung, tak mo kena matahari. Boleh what.. relax indoor je.



Ahad kanda keje juga, but kami dapat jemputan kawin kat Sabak Bernam, adik abang ngah Emi kawin. Pegi ngan kereta Am je bersama mak, Aliaa and anak2 ku! On the way back, singgah la satu dua rumah sedara mara kat area Tg. Karang.


Usaha memanjangkan silaturrahim.. gitu!

Wednesday, October 29, 2008

Hammy hamster

Aku susah ati mengenangkan hamster2 ku yang membiak dengan pesat sekali.


Aku dah ada 4 kandang but i think it's going to be expending soon...



Babies yang lahir like 2 weeks back pun dah besau jugak, kira buleh makan sendirik, maka mereka nak kena alih ke dalam sangkar baru.. how la weh!




After Bali




Angie ada conference kat bali, so, bav, ahin and me dapat t-shirt sorang selai dari sana..




Saja nak show off - dey, tak baik tau tunjuk2 gini... eh.. takdelah, aku saja nak buat kenangan je, gambar ni..
Tatau bila plak aku dapat gi Bali, jadi, dapat t-shirtpun dah kira best tau!




Tuesday, October 28, 2008

Hamster membiak lagi

Hai.. mesti pening memikirkan ini.

Hamsterku, yang baru nak membesar, 2 ekor sekali, telah selamat melahirkan baby2 hamster sebanyak entah 10 ke 11 ekor.

Pening ni..


Hamster2 ni baru sangat lagi idup, dah jadi ibu.. so dia tak berapa nak pandai. 3 ekor dah mati dimakan oleh ibu2 ini.


Sedey pun ado.. kita tunggu je la cemana nanti.


Aku suka hamster2 ini semuaaaaa....

Wednesday, October 22, 2008

Langgar belakang

Hari ni bawak kereta sebab kanda nak cepat, and aku maleh nak gesa2 diri sendiri. Lagipun aku nak antar Ameer gi sekolah hari ni. Taking my sweet time with him.


Punyalah sesak, kat jalan kuching tu, ada la satu pompuan kat blakang aku, naik proton warna merah, pakai tudung kuning cair tak silap aku, tesenggguk-sengguk bawak kereta. Aku tengok dari cermin je la, nak tau sapa. Tetiba dia bley terlanggar aku.. tersentap beb. Cilaka.. aku gelabah gak. Asik org langgar belakang je. Aku nak turun ke tidak?


Aku tengok diapun cam gelabah, but bila aku buat muka bengang, dia tengok2 kereta aku pastu buat sign takde apa2 kemek.. sib baik. Aku tak keluarpun tengok. Mesti dia terlanggar tayar spare tu, kalu tak, tentu kemek, kan, kan?


Moral of the story.. kalu nak tido, jgan sambil bawak kereta. Anda mampu mengubahnya..

Tuesday, October 21, 2008

Monday, October 20, 2008

Kemalangan

18 Oct 2008 - Sabtu

Aku dapat sms kol. 3.10am.

Siti accident bila bas yang dia naik nak balik kg malam tadi (jumaat) berlanggar dengan treller kat highway tapah. Sib baik dia tak teruk, katanya, just cedera ringan. Ringanpun patah idung and kaki dua2 pegelangan dia bengkak la jugak. Dia kat wad kecemasan hospital ampauan bainun, ipoh masa dia sms aku tu.

Siti kata sib baik anak sedara dia tak ikut sekali, tak jadi pegi sebab nak periksa, last minute cancellation. Siti ada call bitau dia bengang gak ngan kakak dia yg tetiba kata tak boleh benarkan anak dia pegi, but then, tentu itulah hikmahnya bila benda ini terjadi, kan?

Aku seriau bila dengar kisah bas berlanggar, rasa eeeei, takut nak naik bas lagi.
Kesian siti, sampai demam2 dia sebab tekejut. Tak boleh aku bayangkan cemana kalu aku sendiri yang mengalami kemalangan gitu. Mintak dijauhkan, ya Allah.

Friday, October 17, 2008

Makan-makan

Lunch tadi, kami tak keluar. Memang all the while kami tak keluar time lunch. Either bawak bekai or masak megi or masak sup guna mekrowev je.

Kat opis ni ada cafe, tapi ada org buat party. Takde tempat lain nak pegi dah, kami duduk je la kat one corner of the cafe. Kami berempat, biasalah, grup makan kami.. aku, ahin, siti and kak tim. Party tu adalah dept mana tatau buat, ada besday la kot jugak. Makanan memang berbagai, bersusun deret kat meja. Kat sini, memang tak ada langsung rasa nak hormat org lain.. kalu nampak org lain tu, kita buat makan2, apalah salah jemput2, atau bermanis mulut, kan? Kita orang mesia, kalupun bukan org melayu yang berbudi bahasa, kan? Jangan kata nak ajak2 ayam, nak tegur kami pun takut.. agaknya takut kami mengecek mintak makanan dorang tu kot..

Kalulah korang offerpun, kami ni takkan ndak pun, kami pun tau. Kami cuma numpang duduk sebab dah takde tempat lain nak pegi, kan?

Keji betul lah.

Tulis pedas-pedas

Aku ingat nak cuba tulis pedas-pedas sket.

Tapi, nak tulis pasai apa ek?

Selamat hari jadi Amal


He turns 11 today, 17 October 2008.


Wednesday, October 15, 2008

Jamuan aidilfitri 1429H




Aku sanggup amik cuti sehari semalam, just to prepare for the occasion. Bangun pagi ajak mak gi pasar, mak stuju. Sronok jalan2 ngan mak, tanpa gangguan anak2. Tulah pasal hari ni hari aku ambik cuti.


Sampai umah terus bertungkus lumus masak. Tak lama tu Kak zizah and semah's family arrived. Aku tak buat apa2 lagi. Sib baik mak dah siap buat nasik lemak nak jamu mereka. Thank you mom, u always know what's best!


Aku masak nasi impit, kuah lodeh, spagethi bolognese, spageti kuah putih, beli piza mini from ahin, and kuih2 raya balance.Yang maipun sapa.. just good frens and family je.. Ye lah, only the V V IP je, kan?

Monday, October 13, 2008

Membiak part II

Hari Jumaat aku dapat call dari Amal kat umah, saying hamster ibu, Ryuki, dah melahirkan lagi.
Aku soh dia cek berapa ekor. Amal kata 4 ekor and still on going that time.
Lepas dia balik solat Jumaat, dia sms informed aku ada 10 ekor altogether of baby hamsters.
But when i counted them baik2 malam tadi, cuma ada 9 ekor, meaning lebih sekor je dari last kelahiran.

Mmm.. menjadi betul pembiakan hamster2ku inih. Baru lebih kurang 35 hari yang lalu dia dah beranak 8 ekor, but mati 2, tinggal 6. All 6 ekor tu sumer dah besau2 and sihat. Comey2 belaka. Macam2 komen aku terima dari adik beradik and kawan2. Ada yg suggest aku buat perniagaan hamster dengan letak sign board "hamster ada dijual di sini" kat depan rumah, ada yang soh aku bagi pil perancang kat Ryuki dan memacam lagi .. ada ke fatut?

Masrin laki Semah plak suggest aku buat gerai kat pasar malam, siap jual sangkar2 berbagai jenis bersama2 dengan segala keperluan lain macam makanan, serbuk2 kayu dan jugak vitamin2 untuk binatang itu. Juallah murah2 dalam 7, 8 hinggit sekor, kan? Aku beli Ryuki ngan Ryuga dulu sekor 12 hinggit je.. Tentu buleh laku, kan?

Itu memang idea yang baik. Akan ku usahakan jika dalam masa 2 bulan selepas ini Ryuki atau mana2 hamster lain melahirkan baby lagi.. heheh!

Thursday, October 09, 2008

Open house

Ada tak korang dapat jemputan openhouse?
Aaaaaahhhh...
Kenapa takde orang jemput aku?

Eh, ada lah, kemarin hari selasa tu ada pegi sampai ke Putrajaya, rumah Ana anak buah kanda.
Tah ceruk mana dia tinggal, tapi mmg banyak betul perumahan kat dalam2 sana tuh!

Lepas umah Ana, gi umah adik dia plak, kat blok blakang dia je, rumah Monasari.
First time jumpa suami dia, tupun lepas dah 3 anak dia baru dapat jumpa.
Sib baik suami dia hensem and pandai melayan tetamu.. akakkaka!! Tah apa2 aku rating dorang, tataulah.

Tuesday, October 07, 2008

Bermula lagi II

Petang ni, aku nak gi gym balik. Dah sebulan cuti masa bulan puasa, aku nak sambung lagi usaha untuk menyihatkan badanku.

Lebih menarik lagi, aku dah dapat gang gym baru. CT dah sambut pelawaan aku bersama akak dia untuk sama-sama menyihatkan lagi badan kami.. awwww!!

Sekarang, dah tak bley kata tak fit, okay?
Lepas ni, aku ada geng untuk teroka dunia sihat & ceria, gitu!

Majulah sukan untuk negara kita mesia!

Angin akibat makan berbagai..

Semalam, sampai gak cita2 N and aku nak makan makanan siam kat KL Central tu. Kami dah survey since bulan puasa, then bertekad, balik cuti raya, kami akan terus ke sana untuk menikmatinya.. akhirnya!! Sedap betul laksanya, kenyal2 gitu. Aku ngan CT siap beli mangga and pulut santan… fuiyo, syahdu, tambah plak ABC dia yang berwarna-warni!

Lupa nak snap foto leleh makanan tu. Tak hingat benda dah, bila dah mula ngadap, heheh…

Tatau pasal apa la pulak, petang sampai ke malam, perut aku krukkk krukkk je. Beranginnnnn manjang. Sampailah ke pagi tadi masa bangun tido. Sib baik still dapat tido lena, walaupun rasa sejuk nyucuk sampai ke tulang.

Hari ni, kami nak gi makan Yong Tau Fu pulak. Rindu jugak tu. Lagipun nak cleanse kan sikit perut nih. Makan tah apa2 since first day raya till yesterday. Lepas ni, nak makan jenis2 soupy2 gini je.. amacam?

Monday, October 06, 2008

Raya tahun ini 1429H


Makyang & family

Makteh & family

Acu & family
Seronok bila hari raya tu ialah berkumpul semua adik beradik, kan?
Along and angah takde hari tu, still kat kg suami or rumah masing2.




Monday, September 29, 2008

Kotak merah itu

Last week Friday, pegi buka puasa with frens again. Kami gi Redbox, Sogo. Buka and karaoke kau! This time it's Bav, Sitishu and AHA. We had fun. I've never seen Bav and AHA singing all out. Aku cam biasalah rindu ngan karaoke and to test power of my voice yg dah lama tak keluar nih, maka nyanyilah macam org giler...

The moral of this story.. kitorang enjoyed. Siti and AHA dah takde kat office this week, so, last week, dorang last la. Maybe dah seronok ni kat kg, bersama sanak saudara. Tinggal aku ngan Bav je dari grup malam tu yang still keje.

Hati dah berat nak cutii je, but since tanggungjawab ke sampai ari ni, maka ku jalankanlah jua..

Selamat hari raya kengkawan semua. Balik raya, jangan lupa, bawak sekali kuih muih, kita buat parti pulak kat opis, okay?

chow chin chow!

Friday, September 26, 2008

Raya mood already

Seminggu dua ni kena balik keje naik bas sebab kanda kena OT.

Tensen jer, sebab jalan jem, and tentu2lah sampai lambat kat rumah.Tulah yang paling aku hangin bila kena balik sendiri.


Pergi keje, memang efficient and always early. Time balik je, mulalah gelabah bila kanda bitau, "saya kena OT la malam ni, awak balik dulu, la ye?"Waaaaaa.... nak nangis every time.But, sebab kena balik, juga, aku tahankan jela perasaan itu!


Semalam lagi dah decided that today, i'll drive to work. Haa, kuar dari rumahpun, malas2 je, takmo berebut ngan budak2 pi sekolah. Tak sangka boleh sampai cepat jugak, since jalan semua quite clear. Horrey.. maknanya, ramai orang dah amik cuti la ni.

Baju raya anak2 3 taun yg lalu.. baju abang dah passed to adik.



Aku yang tak balik kg lagi ni.. (kalu buleh, mmg takmo balik Bukit Mendi ni, but...) berharap sangat co. aku bayar gaji cepat. Eleh.. , takdenyer, mimpi je la. Redhakan je la, 28 baru gaji, sebab 1 Oct, baru raya, gitu kan?



Nak tak nak, keje jugaklah sebab aku mula cuti hari Selasa 30/9. Heee.. mood keje takde, mood raya je banyaknyer nih!Ya Allah ya tuhanku.. kau tenangkanlah hati hambaMu ini!

Tuesday, September 23, 2008

Buka puasa at Dewan Perdana Felda

Ofis belanja buka puasa semalam.

Bengong tak boley upload gambar2, letih tunggu.

Tengok kat photo album sebelah la ek?

Monday, September 22, 2008

Hujung minggu yang memenatkan

Makin nak ujung ramadhan, makit penat, kan?

Nak bangun sahur jugak rasa payahhh sungguh.




Weekend baru ni kanda keje, saturday and sunday.


Dia bitau kak zizah and semah sekeluarga nak datang berbuka rumah kami saturday tu.


Dia soh aku masak spageti kuah putih tu, spesel, katanya.




Aku mmg letih giler. Bangun tido lewat, berkemas2 dapur pulak since lepas sahur sumer pakat tido balik. Kanda bangun awailah sebab dia kene keje, kan? Kami yang lain, pakat tido la pepuas. Tulah badan naik walau bulan puasa, kan?




By 5pm aku dah siap masak. Tak boleh tahan dah, penat giler. Aku cuma tunggu dorang sampai je sambil duduk kat sofa.




Bila dorang sampai, kanda balik, dorang pakat gi pasar ramadhan pulak. Aku mmg borak2 je ngan semah. Baby Adnil tido lepas merengek.




Makanan sampai penuh meja. Budak2 yg puasa hari tu cuma Amal and Ameer. Dorang volunteer makan depan tv. Baru ada ruang sumer boleh makan sekali.




Rugi tak amik gambo. Kalut2 gitu, mana nak amik gambo, kan?






Semalam plak, kanda keje sampai ke malam. Tak sempat balik bukapun.




Aku buka puasa kat umah mak bila mak ajak sebab katanya acu nak dtg buka sekali. Since kanda takde, maka aku amiklah peluang beramai2 tu. Syiok main ngan Ilham. Sejak dia besar ni, dia tak takut dah ngan aku, malah selalu mintak makanan dari aku... seronok main baby.. heehe..




Friday, September 19, 2008

Bosan teramat

Keje dah siap.

Apa nak buat?


Bosan, takde keje.




Opisni dah le sejuk ya amat.. rasa nak lari keluar every 2 minutes carik sinaran matahari or pegi cari haba sket kat tempat2 lain.. heeeeeee..

Thursday, September 18, 2008

Watch me on tv

Lupa nak pesan kat kawan2 blogger, entah ada ke tidak gang kat blog ni. Sebab aku tak sepopular mana, tak macam ada sorang tuh, maka aku lupa nak bitau kat sini.

Aku pernah dulu kata ada pegi audition and dah berjaya masuk dalam itu rancangan tru this entry:

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/2008/03/berjaya.html

So, kalu nak tengok aku beraksi, boleh tengok tru 8tv's website here:
- go to catch up tv, choose kan cheong kitchen, pick episode 17.. aku la pempuan gemuk berbaju oren tuh.. hihi

http://www.8tv.com.my/

enjoy....

Berbuka puasa bersama kawan2

Hari Isnin 15ramadhan hari tu, kami sebulat suara memilih untuk buka bersama-sama.

Mula2 hingat nak gi san francisco steakhouse, last minute, tukar gi, korean restaurant, seoul bulgogi kat Plaza Pantai.
Tengok sajalah gambar2 ini:















Syok makan, ada steambot and also grill. I like very much.. maybe boleh pi skali lagi!

Letih

Tatau kenapa letih.

Maybe sebab tiap hari bangun awal untuk bersahur dan tak tido lagi. Dah berapa jam tu? Kalu sehari 2 jam, campur2 total seminggu 14 jam, 2 minggu 28jm. Haa.. lu pikir la sendiri.



Tu bukan the point kat sini. Sebenarnya aku nak citer semalam aku tertakbangun sahur. First time dalam history taun/bulan ni lah... at least stakat ni. Maka, bila aku tak bangun, sumer rakyat jelata beta mafhumnya tak bangunlah juga. Heheh... adik, for surelah tak larat nak puasa. Itupun dia gigih gak puasa sampai kol 12 katanya. Okay, aku tak kisah, dia baru 6 taun, what can u expect. Tapi, iyelah, sebagai emak, besar jugaklah yang nak aku lakukan. Nak bangun sahur, musti aku bangun, siapkan segala mende, then baru yang lain2 akan bangun untuk bersahur. Jadi, kalu aku tak bangun, pepaham jelah. Sumer pakat takyahlah bangun juga. Tak gitu?



Kanda.. ampunkan saya ek. Tak larat means tak laratlah, u mesti paham, kan?

Monday, September 15, 2008

Kembali ke rahmatullah

Alangku yang sakit tempoh hari... sudah kembali ke rahmatullah semalam, 14 Ramadhan 1429H, pada usia lebih kurang 55taun. Dia adik kedua makku selepas pakngah. Ramai sungguh saudara mara dan sahabat handai datang menziarah. Semoga roh Alang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah.

Catitan ogos 29 hari tu -

Semalam kuar dari ofis kol 7pm, tunggu kanda. Since jam giler2, maka sampai umah kol 8.30 gitu.

Mak bitau nak gi lawat Alang. Alang dah sakit lebih 2 minggu but kami baru tau hari ni. Itupun lepas kaklong maza tak boleh tahan kesian tengok mak dia menderita.Kamipun pegilah.. Alang memang dah kurus sangat. Dia sakit pelik sebab bila bitau doctor kat spital dia sakit perut, they checked her, and found nothing unusual kat perut dia. They wanted to do thorough checkup by operating and cuci buah pinggang.. tentulah alang takkan setuju. Perut dia yg sakit bagai nak rak, tak boleh makan apa2, sungguh menyakitkan, tapi buah pinggang pulak nak di examine. So, skrg dia tengah usaha berubat cara tradisional. Tataulah kaklong nak bawak mama dia ke mana pulak lepas nih.Katanya, mama dia termakan benda kotor.. tataulah nak pecaya ke tidak.

Mak bacakan tahlil and buatkan air untuk alang semalam. Alang dah siap mintak mahap kat mak and even me. Sedey beb, bila orang sakit, tak larat and tiba2 mintak kita ampunkan salah silap mereka..Aku harap Alang akan sembuh segera, or at least boleh makan and ada tenaga menghadapi hari2 mendatang. Semoga kaklong dan adik2 dia bersabar dengan ketentuan Allah ini.

Wednesday, September 10, 2008

Sakit

Aku tatau korang pernah ke tidak sakit cam ni. Aku rasa sengal mula dari tengkuk, turun ke pinggang menyambung ke lengan. Sakit lenguh2, sengal2 perit giler. Tak larat nak gi keje. These happened since Saturday bila gi KLIA tuh, masa ngantar Umi ke Jordan beramai-ramai.
Semua sendi rasa cam cramp, badan lemah je. Jalanpun slow-slow menahan kesejukan lagi.

Bila Monday morning aku gi cek doktor, aku gi cek doktor, padahal aku yang sakit.. heheh. Dokter tu kata, bp aku borderline.. america ngan mexico dah.. So, jaga2 la ek? Dia bagi mc 2 hari, maka mc hammer la aku menanggung sakit denyut paling teruk di seluruh tangan kanan aku nih. Sehari suntuk derita senin tu!

Aiyoyo, di bulan mulia Ramadhan ni, aku pulak enjoy makan berbagai masa berbuka, tetiba jadi gini. Samada stress, penat keje or maybe salah tido, kata dokter are the possibilities. Aku pilih salah tido je. Lepas ni, semua kena aku jaga lagi. Makanpun ala kadar jgn berlebih-lebihan.

Aku nak raya nih, tak sabau rasanya.. menikmati suasana raya!

Thursday, September 04, 2008

Mengambil peluang dan keuntungan

Baru je baca email berbentuk nasihat dari upline kita, Cdah. Katanya, jangan ragu2 untuk memulakan dan mengembangkan. Bab mulakan tu dah pun acik buat, sekarang bab nak promote bisnes ni pulak. Meh kita beli barang dan dapatkan keuntungan melaluinya.

www.ecosway.com/home/x249200

Tentu korang sumer pernah dengar tentang produk2 cosway, kan?
Semua mende ada di jual except for beras and ikan basah.. heheheh..

Apa lagi?

Jom kita click sini:
www.ecosway.com/home/x249200

Tuesday, September 02, 2008

Ramadhan al-Mubarak


Ramadhan datang lagi.

Semalam 1st puasa. Semalam jugaklah aku mula tak dapat puasa.

Kecewa, but why should i be?

Itu semua ketentuanNya, kan?


Azmeer dapat puasa penuh semalam, pertama kali. Syukur, Alhamdulillah! Since semalam cuti, kanda amik kesempatan bawak anak2 berjemaah zuhur di masjid dan malamnya terawih kali ke dua di masjid juga. Semoga ini berpanjangan.


Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati mereka supaya sentiasa ingin dekat kepadaMu begini selalu...



Friday, August 29, 2008

Business Owners - 235

Differences Between Shoppers and Business Owners

Earning Money
Shoppers cannot earn money.
Business owners can earn money from the sales in your network according eCosway’s 5-star profit plan

Extra Discount Offer (EDO)
Shoppers cannot get this discount.
Business owners will receive 30% off of any Super Selection products purchased in your first 12 months including the month you joined (up to a maximum $100 worth of discounts).

http://www.ecosway.com/home/x249200

I am now a business owner.

Every ringgit i spend will give me profit and later on the spendings will be calculated as my earnings.

Anyone interested to join me?

Tukar selera

Semalam masa lunch, one of my lunch mate, Elsie ada story mory the morning glory kat kitorang, N, Sitishu and me about how she becomes vegetarian.

Memang aku teringin nak tukar makan dari biasa kepada vegetarian. I've tried vegetarian food before. Aku rasa taste wise, aku tak milih sangat. Sedap je, especially yang chinese style vege food nih. Mungkin satu hari aku akan tukar cara pemakanan kepada vegetarian pulak.

Barang2 vegetarian juga dah senang nak beli sekarang. Nanti aku nak cuba beli sikit2 and galakkan kuarga aku pulak bertukar kepada konsep vege vege and vege...

Wednesday, August 27, 2008

Membiak

Hamster yang ku bela.. actually anak2 punya pet, semalam sudah melahirkan 8 ekor anak.
Ko.. tak sangka dah bunting. Aku selalu main2 ngan dia, tak perasan pulak kegemukan itu adalah membawak anak!

Bukan 2, 3 ekor, tapi 8 nih..
Heee, geli gak tengok anak2 tu nguit2 kat perut mak dia.. halus betui, merah takde bulu.

Menjadi betul kalau sekali beranak 8 hekoq..

Kecewa

Last Sunday, kanda found out that Amal stole money from his "tabung".
Very, very disappointed on this.
He was speechless. Aku puas memarah Amal. In fact, this this not his first time he was caught mencurik.. heee geram.

Peliknya.. tabung tu dah sorok, he could still cari.
Bukannya ayah dia tak pernah belikan dorang mainan.. bukannya ayah dia kedekut taik idung masin yang tak pernah beri semua permintaan anak2.. cuba tengok sendiri dalam bilik, kat lemari tuh.. penuh ngan mainan2 dorang la, especially si Abang, since dia lahir lagi lama dari adik, kan?

Still dia buat begini...
Sebagai mak, aku betul2 kecewa...............

Friday, August 22, 2008

Abang adik - anak









Takde keoriginalitiannya lagi..

Kecewa dengan Bav. Suruh aku buat keje tu, aku buatlah. But bila bagi balik ke dia, tentu dia alter hingga hilang hasil keje tangan aku.. untuk apa ek? Kecik ati je bila fikirkan. Baik tak payah soh aku buat, sebab takde makna.

Kata dia just susun2, tambah2, well.. dah takde originality.. takpelah. Dah keje dia memang lebih perfect, what to do?



Lain kali, keje2 begitu, I will not do anymore.


Bagilah aku keje2 lain.



Thursday, August 21, 2008

Baju raya


Korang dah tempah baju raya?



Bagi kaum wanita.. tentu kebanyakannya dahpun menghantar kain2 untuk dibuat baju kepada tailor2, kan?



Akupun takmo la ketinggalan menempah macam orang lain.

Kainku beli murah je, but bila dah siap nanti, cadangnya nak jaitkan manik2 dan labuci labuca di sekeliling ujung tangan dan ujung baju.. Amacam, ada berani? Entah rajin ke idak.. tu cuma cadangan je tuh..


Kalu korang nak, akupun rela amik upah njahitkan untuk korang.. How?


Wednesday, August 20, 2008

Pot luck with rat race

Best... salah satu sebab aku suka keje kat sini ialah makan. Anyway... kalu tak kejapun, aku still suka makan, but, semalam sebab ada kengkawanlah maka terjadilah pot luck yang seronok!

Kami bertiga je.. hehehe... N paling best, siap masak sendiri kau.. Spagheti.. tatau nama apa, but dia guna mutton.. mmm, shedap you. Siti beli bubur nasi and i just beli nasi impit kuah lontong & sambal. Takde gambo, sori, lupa nak amik gambo sebab kebulur sgt kot, semalam.. hiks.


Kita patut selalu buat aktiviti2 gini, kan?


Semalam jugak, kami, Bav, Siti, N and i went to cheer for our company's team at the rat race, a yearly event organised by Bursa Mesia. It's my second time gi menyorak. Seronoknya pegi tulah, pakai t-shirt sama, jalan berderet ke sana, macam budak2 sekolah.. Tak menangpun team kami.. well.. takde expect nak menangpun. Entahlah.. asik tak menang, next year kita kena amik pelari professional la, supaya kita boleh menang at least top 10 ke. Kalu tak, sia2 je...


Tengoklah gambo2 ni dari hp kawan..





Monday, August 18, 2008

Cuti sekolah datang lagi...


Sapa yang tak tau?


Ameer tanya semalam... "hari Isnin nanti Umi ngan ayah cuti jugak ke?". Sian budak comel montok tu. Selalu tak tau kisah.


Mak dia keje cikgu, ayah dia gurubesau kot, sama-sama cuti masa anak2 cuti sekolah… ahaks.
Takde, aku kena explain pulak. Umi and ayah takde amik cuti, jadi kami tak bolehla cuti. Adik ngan abang je la cuti.. boleh temankan opah.. ahaks.

Amal & Ameer posing di kolam Siantan... bukan masa cuti sekolah, ntah bila, tak hingat!!

Kesian anak2 aku tuh, every time cuti, dorang takde nyer merasa aku cuti2 gak bersama mereka. Ayah deme udahlah takkan cuti sesaja, tanpa perancangan teliti, katanya..kan?
So, mereka akan buatlah apa2 yang patut. Adik akan most of the time ngekor abang kemana-mana. Abang pulak, akan ngambik kesempatan atas kepatuhan adik dengan membuli adik itu ini. Nangislah si adik. Hmm.. dah biasa sangat.

Tapi kali ni sebab henfon Abang dah ilang.. (masih jadi misteri.. cemana buleh ilang bersama-sama dengan charger sekali??), maka tak dapatlah adik or abang call aku or ayah deme nak ngadu perihal yang satu lagi. Nak tak nak kenalah mereka tahan je.

Umah opah pulak, tak boleh call keluar sebab dah kena potong line tipon (kes Streamyx aku tak terbayar). Yang jadi mangsanya, opah la.. Mak.. harap mak bersabar dengan kekurangan anakmu ini men”settle” bill itu ye. Streamix mmg haru biru. Since 4 taun lepas dorang boleh simpan bill internet sampai 3 bulan lepas bila aku call ngadu kata kenapa bill aku tetap tinggi walaupun aku dah downgrade from 77 kepada 20 hengget.. Lepas dorang cek punya cek, terus melambung jadi ada outstanding pulak 600 hengget dan terus meningkat dan meningkat. Entahlah.. akula tu yang bodoh, tatau guna internet kot. Sebab beza sangat cara pakai di ofis ngan di rumah. Nak kena disable and enable ke jadah itulah. Atas kebodohan itu, aku terpaksa membayar semua ini. Nampaknya kenalah kuarkan duit simpanan sikit2 tu nak cover utang telekom. Berbaloikah???

Tengok.. aku tadi nak citer kisah budak2 cuti sekolah, ni dah melalut ke streamyx pulak..
Tak relevan kan?

Teringat pulak pagi tadi makyang sms kata dia nak anto anak2 dia, Aliff and Harith ke rumah aku or umah mak on her way to work so that the boys can spend their time together. Huiyo.. best la bebudak tu, ada kawan. Takutnya Amal akan mengenepikan adik dia je bila sepupu2 dia dah ada sama, kan? Pandai2 la kau wahai anak2 ku! Asalkan umah kita yang dah ayah kemas semalam jgn jadi tongkang pecah udah.. hehehe… aku tak heranpun!

Thursday, August 14, 2008

Makan hati?

Makan pagi..
makan tengahari..
makan lagi sampai makan hati..
ahaks.. tak tahan aku!

Sian tengok Sitishu.
Puas kena buli walaupun tugasnya hanya sekehteri pengganti!

Nak wat cemana.. kat company ni memang begitulah adatnya.
Bila baru kita kena ganti orang selalu, sampailah ada orang yang lebih baru
daripada kita masuk pulak... itupun tataulah bila.

Sementara tu.. buat je lah yang mana mampu.
Sini plak, ada senior, tak bley silap tanya, melenting selalu!

Haru-biru budak baru!

Wednesday, August 13, 2008

Main peranan

Ada sorang kawanku akan berenti keje soon. Best kan?
Dapat green lite dari hubby dia soh berenti keje, dah cukup kot dia sorang punya income untuk sara kuarga dia.. i guess these things happened. Dia dah keje 12 taun kat sini. Tentu sedey!

Aku dah lama teringin berenti.

Bangun pagi2, kejutkan anak2. Masak air and siapkan breakfast.
Kejut kanda, jangan lupakan kanda dalam ini story!



Siapkan keperluan anak2 nak ke sekolah. Kanda, anak2 and aku sarapan bersama-sama. Lepas kanda gi keje, aku pegi menghantar Amal ke sekolah. Adik sekolah petang, so adik will just accompany me to the pasar later on.

Balik pasar, siram pokok bunga, sambil betul2 kan tanah di pasu2 yang dah keras tanahnya. Alih2kan mana2 pokok yang perlu. Jangan lupa, kena tanam sayur2an dalam taman kita, tau. Macam serai, cili api, kunyit, tomato dan sebagainya. Takyah beli lagi, jimat!

Lepas tu boleh la sambil2 sidai kain, jenguk mak kat umah dia. Sihat ke tidak orang tua tu. Kalau mak tak sihat, aku kena masakkan untuk dia dan abah juga. Bila lagi aku nak berbakti untuk diorang? Mak tentu suka ada kawan nak berborak, selain buleh temankan dia ke surau berjemaah, kan?

Lepas siap2 masak and sedia untuk makan tengahari, siapkan Ameer makan sebelum dia ke sekolah. Lepas hantar dia nanti, ambik Amal pulak dari sekolah.

By 3.00pm, Amal pulak nak gi ngaji. Biar dia pegi naik basikal, ada exercise sket. Aku nak melipat kain dan mengemas rumah sebelum kanda balik. Nak make sure lauk dah siap bila dia nak makan malam nanti.

Ini cuma aktiviti biasa sehari2 kalu aku jadi suri rumah. I wish.


Masa anak2 tengah nak membesar, masa itulah kita amat diperlukan. Membimbing dia dalam menghadapi hari2 dia ke sekolah, melayan kerenah dia membuat keje2 sekolah. Memanjakan anak2 dan biarkan mereka membesar di depan mata kita.


Ini tidak, masa anak2 kecik, kita sibuk kena keje cari duit nak berikan segala keperluan mereka. Less time with them sebab most of the time kita kat ofis. Balik tentu penat dah. Tak terlayan kadang2 kehendak/kemanjaan anak2.



Bila kita dah bersara or tak larat lagi nak keje... anak2 dah besau2, i mean dah tak berapa nak perlukan kita lagi... Masa tu kita ada banyak masa, but dorang plak takde time nak spend ngan kita, how?

Tuesday, August 12, 2008

Susuk

Hari yang agak bosan. Breakfast kat plaza sentral with Bav, Mira and Posh. Cecadang nak gi tengok wayang citer “susuk”. Can u imagine, we all want to take half day off just to go to the movie. Kalu ikut aku, on je. Ahaks.. lama gak tak gi wayang with frens, kan?

Tapi, tu sumer just rancangan, selalunya tak jadi. Semalam eh, Sunday, aku ada gak bitau kanda, nak ajak dia tengok susuk ni lah, but dia tanya ada ke duit? Laaa, kan kanda banyak duit, kata aku.. hi hi.. Dia tak pulak marah, but dia kata, banyak nak pakai lagi duit tu, buat belanja rumah and everything!.. Hmm…

Aku try je, tau dah takkan dapat de.
Kalu keluar tentu2 kanda nak bawak the boys, takkan nak dia kuar berdua de, boleh kerat kuku beb! Kalu dah kuar sekeluarga, bukan bley bajet sesikit, kan?

Mmmm.. how? Tunggu je la waktu dan hari yang lain. Mana la tau, kan?

Selamat hari jadi ameer





He turned 6 yesterday. Ingat just beli kek kecik makan2 kami sekeluarga je. But dia insisted nak ajak Didip (Razif) datang rumah and buat party.



Aku takde masak apa2 for this party, but just buat air teh o ais je.




Bila Didip datang, kakak Didip and Aida (sepupu Didip) datang jugak. Seronok kemain si Ameer, kira tercapai gak la niat dia nak ajak buat party.



Hmm... budak2, tetap perangai cam bebudak, kan? Layannnn... Uncle (kanda's boss's father) gave him a box of chocolate, tu je la hadiah berbungkus, selain opah bagi angpau. Umi, ayah and abang dia just bagi ucapan dan ciuman je, boleh?

Lauk sambal tumis, ikan goreng, ulam kobis and cecah asam untuk santapan malam tadi.

Monday, August 11, 2008

Hari Jumaat

Apa kelas?
Mmm.. memang la tak kelas. Tapi aku masak sendiri beb, sebab nak makan sendiri. Tiba-tiba orang buleh kata.. apa kelas makan mihun?

Ko tak suka sudahlah, kata je lah tima kasih, buleh gitu?
Itu ke budi bahasa orang melayu?

Tak merasalah lagi makan masakan aku!!

Thursday, August 07, 2008

Belanja



Aku dibelanja lagi hari ni. This time Poss pulak. Sebagai tanda tima kasih katanya and also sebagai menyambut dia da naik pangkat.





Bagus kawan2 aku. Ramai yang ingat kawan.


Puas makan KFC, original recipe okeh, pisang montel and also caramel puding (?) from Ina graphics (mereka combined buat makan2 nih). Buatkan aku lebih appreciate kengkawan gini.


Kita matang bersama mereka.. nampak perubahan mereka. Tau kesusahan mereka dan kalu boleh, cuba memahami mereka setiap seorang.





Aku memang suka berkawan.



Tu je.. maleh tulis lelebih.

Wednesday, August 06, 2008

Farewell to the good guy

Apa nak tulis?
Hari ni kami ada farewell lunch with one of the SM who’s leaving soon, KC.
Good guy memang cepat belah, kan? Even his gefren also belah bersama-sama ngan dia ke tempat lain.
Kami, me and Bav, nak belanja dia. Peter & Kelvin also joined us, meriah jugak.
Gi mana? Sushi King.. my feveret place. Takde pulak yang nak membantah, bagus benar dorang nih… Time bayar plak, berebut Bav ngan KC. Last2 Bav menang, jugak, ahaks.

Last2, Bav kata takyah kuar duit pulak (my share). Katanya dia je la yang belanja.
Alamak, dah banyak kali dia asik-asik dia, dia, dia, belanja. Dia ni baik ati amat!! Aku rasa segan la beb!

Lenkali, kalu pegi makan aku boleh belanja pulak, kata Bav.
Maybe karaoke session, ke.
Hmmm… good idea. Ada sapa2 mau join?

Friday, August 01, 2008

Lebih

Aku selalu buleh tahan.
Tapi tadi, aku rasa cam tak dapek dah.. cam cipan tul dibuek e.
Memang aku tak tau.. tapi kenapa ko nak perbodohkan aku?

Memang cilaka.
Jangan ingat sebab kita kawan2, ko tak payah nak jaga sangat hati aku?
Takpe, takyah la jaga, sebab akupun bukannya beri apa2 faedah dalam idup ko, kan?
Takkan tukarkan bonus/increment ko jadi lagi banyak, but… I’m still human… with feelings. Sudahlah..

At least respect me as a human being.
Tapi katanya hari2 tengok cermin…

Thursday, July 31, 2008

Hari semalam

Aku rasa lama tak tulis, so aku nak catch up citer semalam je ni.

Semalam terasa begitu menyiksakan sekali sebab gaji bulan ni lambat till 31hb.
Agaknya kalu bulan ada 35hb, maka kena tunggulah hingga hari itu.. matilah..
Semalam blum gaji, but nak tengok sesangat slip gaji, nak tau banyak mana bonus dapat and ada ke kenaikan gaji yang seswai...

Cemanapun, aku happy, Alhamdulillah...
Gaji naik bagus, buat aku lebey appreciate my work more... gitu. Walaupun bonus dapat tak sehebat last year, aku rasa cukuplah. Kanda pun kata gitu.. bersyukurlah....

Aku akan berusaha menjadi pekerja yg lebih dedikasi untuk memenuhi kehendak2 yang sepatutnya..

Like i care..............

Monday, July 28, 2008

Berbulu tapi cute..

Semalam lepas Amal abis taekwondo class, we all went to the pet shop. Nak jadi citer, Amal ni main kutu jugak kat sekolah dia. Ada sesapa tak tau what main kutu is? (Sila semak ngan kengkawan anda, okay?) Kisahnya, adalah dalam 25 hinggit dia dapat, sebab ada lagi kawan2 kelas dia masih hutang, (boleh??) and he insisted to buy kekura with the money.

Geram betui aku.. aku dah la pokai gilo, since bulan ni gaji 31 hb baru dapat! Ingat dia ada duit, lepas la sket duit belanja during weekend, kalu nak bebeli kuih ke haper! Punya la dia bengang bila aku soh dia belanja aku makan.. Sayang anak aku nih.. berkira ngan umi ek.. takpe! Heeee, geram tul.

Berbalik kepada kisah nak beli kekura.. tak glemer langsung bela kekura as pet, kan? Sampai kat kedai tu, aku sudah terpikat lagi sama hamster yg cute mute.. maka aku pujuk je Amal supaya stuju ngan hamster, lagipun dah ada tempat tinggal hamster yg lama dulu tuh, maka dapatlah Amal sepasang lagi hemster.

Ntah kenapa ayah dia ni setuju je ngan kehendak anak2 dia. Apa sajalah anak dia mau, diusahakannnn jer.. Bini dia takde la pulak dimanjakan gitu.. Aku jeles gak bila mikirkan semua nih.

Anyway... itu saja untuk entry kali ini. Aku buhsan giler, keje banyak, but do not feel like doing them... boleh?? Rasa nak tulis blogggg je, how's that?

Wednesday, July 23, 2008

Ganti

Kalau semua berjalan lancar, dapatlah aku mengganti puasa selama 3 hari lagi belen nih.. sehingga hari esok.


Lepas tu, aku nak menikmati makanan sebagaimana aku sepatutnya...
Taulahkan,. bila kita puasa, semuanya nampak nikmaaattt sangat, kan?

Semalam, aku buka makan nasi kerabu kat Star Seafood. Alhamdulillah... memang nikmat sangat bila dapat makan semula, kan?

Semoga aku mendapat berkat mengganti puasa ini... Aminnn.

Monday, July 21, 2008

Sunyi, benci

Tersiksanya aku.. Sunyi, but yg lebih mengharukan, relieving others dengan keje2 yang aku dah takmo buat lagi.. how’s that?
2 of my frens are not around. 1 on leave, the other is on MC.
Tinggai Sitishu and Bav je kat sini.

Kelly and Bonty borak2 di sebelah sana. Aku baru abis lunch, ingat nak sambung keje, but, suara2 sumbeng dorang begelak ketawa.. sungguh menjengkelkan, gitu..



Kenapa ek?

Tuesday, July 15, 2008

Road block

Semalam jalan jem giler, tapi sebab aku naik motor, aku still sampai awai. Walaupun terasa kekalutan di jalanraya dengan kereta2 yg berpusu-pusu nak meredah jem itu.

Aku tak paham kenapa polis selalu sgt buat road block. Kenapa mereka risau sangat orang berkumpul? Kenapa tak benarkan saja mereka melepaskan rasa hati mereka?

Ini tidak, asal tau je ada orang nak berkumpul, mereka lebih dulu berkumpul, dan lebih dulu membuatkan orang lain iaitu rakyat yang tiada niat langsung berkumpul, jadi hangin dengan tindakan mereka.

Perjalanan yang sepatutnya 20 minit dah jadi 55 minit! Bukankan itu menyusahkan??
Benci dengan mereka!

Friday, July 11, 2008

Jalan-jalan ke Bandung

Aku n Siti Shu planned to go overseas, Bandung to be exact, just to shop.. chewah!
Cari2 tru air asia.. dapat pulak promotion RM0.05 tuh.
Entah kenapa mereka itu menjanjikan beberapa seat saja untuk manusia yang berjuta2 inih..
Last2 tak merasalah nampaknya aku nak pegi. Kanda siap dah bagi greenlite kau, aku dah rasa cam nak pegi dah memula tu, then, bila itu ini, begitu begini, every day tak dapat gak finalise mende trip berkumpulan nih.

Yang confirmnya, aku, Siti Shu, bofren Siti, my sister @ makyang, and grup abang bidi (3pax).
Entahlah, tetiba, tak jadi disebabkan air fare terus naik dan naik...

Maybe blum rezeki kot!

Aku nak pegi Pangkor je lah.. this time nak bawak kanda, i mean nak belanja kanda and the kids!
Sebelum puasa sempat tak? Which is like 50 hari je nih tinggal sebelum Ramadhan.

Tuesday, July 08, 2008

Merempit

Dah dua hari aku gi keje naik moto ngan kanda.
Ini adalah sebab nak jimat masa, jimat wang...
Tapi sebenarnya aku tak suka.. time balik laa..
Naik monorel for the first time, okay.
Nak melintas pulak amik masa..
Esok, aku akan belajar menggunakan jejantas.. how's that?

Monday, July 07, 2008

Port Dickson pulak.. cuti lagi!

Ha kao.. lepas satu, satu aku pegi melancong... cewah..

This one dekat sket.. just PD. My dept day out katanya... financial services belanja staff gitu, kira tepi laut pulak kali ni. Okayla tu kan? Acik dapat mandi laut skali lagi, abis itam muko nih! Tak fedulik, kan, konsep baruku, to enjoy life as it goes.

Kami lepak kat AnCasa Allsuite Resorts & Spa, Teluk Kemang. Happening tau kalu dapat gang yg sekepala! I really had fun!





So, silalah nikmati gegambo kami saja.. no need for me to story long-long like crazy..




















Thursday, July 03, 2008

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...